CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11901|Reply: 111

Meremang Bulu Roma Dengar Anak Hafaz Al Quran 28 Juzuk - Norman Hakim

[Copy link]
Post time 20-7-2017 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Beruntungnya ibu bapa yang mendapat anak yang mampu menghafaz al Quran.


Mungkin itulah yang dirasai oleh pelakon Norman Hakim bila dia mengetahui anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14 sudah menghafaz hampir keseluruhan al Quran!


Bercakap kepada Astro Gempak, Norman mengakui berasa meremang bila mendengarkan bacaan anaknya itu yang sudah menghafaz 28 juzuk.


"Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

"Saya hanya baca mana- mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

"Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali," katanya.


Katanya lagi, Danish bakal berangkat ke Turki pada Oktober depan untuk menyambung pengajian.


Foto: Astro Gempak


"Jika hendak diikutkan Danish akan berangkat pada Mei lalu tetapi saya serta Abby Abadi dan Memey agak emosi untuk melepaskan dia.

"Yelah, jika dia ke sana Mei lalu dan mengikuti pengajian selama 9 bulan sudah pasti kami tidak dapat menyambut raya bersamanya, justeru kami mintak ditangguhkan ke Oktober.

"Saya bangga kerana Danish antara 20 pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk mengikuti pengajian bersama 400 orang pelajar lain dari seluruh dunia," ujar Norman lagi. - CARI

Foto: Vanilla Kismis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 12:35 PM | Show all posts
Tahniah untuk ABBY yg berusaha untuk ke arah ini
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:00 PM | Show all posts
Alhamdulillah thumbs up!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
masyaAllah. tahniah ibu2 bapa2 yg memberikan suasana yg baik utk anak itu sampai ke tahap itu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:05 PM | Show all posts
ustaz ai pesan sapa2 yg  ada anak2 yg masih bersekolah tu sila tukarkan ke sekolah agama atau masukkan tahfiz , sbb kita skrg ni dh berada di akhir zaman. ..untung dpt anak2 mcam ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:11 PM | Show all posts
inilah contoh..jangan jadi mcm sesetengah orng tu...  dah la lambang hindu tak tau... hashtag la plak yang merapu2..konon dapat pahala la konon...tahniah budak...aku pun dah lama tak baca Quran.... setakat baca Al-Fatihah je la... korang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnye.. alhamdulillah sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnye.. alhamdulillah sgt2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 01:28 PM | Show all posts
Beruntungnya ibu bapa yang berjaya membentuk anak-anak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. bagusnya parents danish ni, berjaya mendidik anak. tapi rasanya dulu ada yg cakap danish ni agak 'istimewa' kan, tengok ok je pulak.. ke aku silap anak artis lain?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:48 PM | Show all posts
Beruntungnya ibu bapanyA
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:50 PM | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk perut ibu ngandung...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:03 PM | Show all posts
Mungkin itulah yang dirasai oleh pelakon Norman Hakim bila dia mengetahui anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14 sudah menghafaz hampir keseluruhan al Quran!


x pyh nk meremang sgt.. bukan ko pun yg asuh anak ko sampai jd tahap mcm ni. setakat support2 gtu je.

kalau ko sendiri yg bjaya jadikan anak ko hafiz, barulah kagum n meremang2.

nampaknya ko sdiri stkat 'tahu2 anak dh pandai bc al quran hingga terkejut hingga meremang' dan bukannya ko ambik berat asuh anak pun?

sape nak kecam ak, silakan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kodoksilver replied at 20-7-2017 12:35 PM
Tahniah untuk ABBY yg berusaha untuk ke arah ini


Alhamdulillah...
Btol tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanniah Abby...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 03:15 PM | Show all posts
kalau hebah sampai ke reporter apa plak hukumnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 20-7-2017 03:03 PM
x pyh nk meremang sgt.. bukan ko pun yg asuh anak ko sampai jd tahap mcm ni. setakat support2 gt ...

Aku x nk kecam..
Tp sesama meng'iye'kan stat ko..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:29 PM | Show all posts
yang sakit kanser tu anak yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:32 PM | Show all posts
tahniah la mak n bapa.......................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.567682 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list