|
|
Tiba-tiba ayam goreng McD menjadi viral dan membuat ramai yang mengidam dengan kepedasan dan juga kerangupannya.
Namun, apa kata anda buat sendiri bahan perapannya dan goreng sendiri ayam di rumah, bukan sahaja enak ala-ala ayam goreng Mcd, malah boleh dinikmati tanpa had.
Memetik resipi yang dikongsikan menerusi laman Facebook Viral Oh Viral, ramai yang memberikan respon positif. Memang rasanya tidaklah seratus peratus sama dengan produk original, namun sedikit sebanyak dapatlah merasai resipi yang ala-ala serupa. Jom cuba!

Bahan-bahan perapan:
1 ekor ayam dipotong 8
8/9 ulas bawang putih dan tumbuk
3/4 sudu besar serbuk cili
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
Sedikit air
Bahan-bahan untuk salut ayam A
1 sudu serbuk cili
1 biji telur (pukul dulu)
Bahan untuk salut ayam B
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda
Cara-cara penyediaan:
1. Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan.
2. Gaul bahan-bahan salut ayam (A), selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata-rata.
3. Selepas itu, letak ayam yang sudah digolekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pada tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B.
4.Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dalam tempoh 10-15 minit.
5. Sedia dihidangkan. Enak dimakan panas-panas! - CARI
kredit resipi: FB Viral Oh Viral
Foto: Carian internet |
|