|
|
Menakjubkan! Apis Cor, sebuah firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), mampu membina sebuah rumah seluas 400 kaki persegi dalam tempoh 24 jam yang menempatkan satu ruang terbuka, tandas, rumah tamu dan dapur yang kecil tetapi berfungsi penuh cekap.
Memetik laporan portal berita Metro UK, ia merupakan syarikat pertama yang berjaya membangunkan mesin pencetak 3D mudah alih, sekali gus membolehkan ia mencetak sebuah bangunan di lokasi yang dikehendaki.
Dilaporkan bahan-bahan yang digunakan boleh bertahan sekurang-kurangnya 175 tahun, dan hanya menelan kos sebanyak AS$10,134 (kira-kira RM44,969) – termasuk kos segala kelengkapan asas.
Rumah pertama Apis Cor berbentuk ibarat igloo masyarakat Eskimo di kawasan pedalaman Kutub Utara itu dibina di kota Rusia, Moscow.
Ini adalah kali pertama dalam amalan pembinaan di Rusia, cetakan dibuat sebagai sebuah rumah berbanding panel-panel yang dicetak terlebih dahulu sebelum dipasang kemudian.
Syarikat itu menyatakan, pihaknya yakin ini adalah langkah pertama untuk ke pasaran pembinaan masa depan, yang akan tertumpu kepada teknologi cetakan 3D.- CARI
sumber foto: Metro UK |
|