CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5281|Reply: 36

Kereta Proton Disanjungi Tinggi Di Turki, Kita Pula Memburuk-Burukkannya

[Copy link]
Post time 23-2-2017 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Sering kita baca di media sosial, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang gemar memburuk-burukkan keupayaan jenama kereta nasional negara, Proton.


Namun percayakah anda Proton begitu disanjung tinggi oleh rakyat Turki khususnya golongan pemuda di negara itu?


Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia di Turki, Muhamad Nur Thaqib Shaker rasa begitu terkejut apabila mendapati terdapat sebuah ‘Kelab Proton Turki’ yang menghimpunkan pengguna dan pencinta kenderaan Proton dari kalangan warga Turki.


Tulisan luahan Muhamad Nur Thaqib Shaker disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.


Tanpa melepaskan peluang, penulis bertanyakan kepada pemuda berkenaan tentang mengapa kereta Proton jadi pilihan mereka.


Rata-rata mereka menyatakan sokongan padu kepada kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang begitu murah.


Bagaimana pun, mereka turut berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta Proton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat ganti kenderaan berjenama itu.


Sekiranya anda berjalan-jalan di beberapa bandar di Turki khususnya di Istanbul, Ankara, Antalya, Bursa, Konya dan Izmir, terkadang itu anda boleh lihat beberapa kereta Proton yang masih menyelusuri jalan raya di sana tetapi dengan jenama lama seperti Proton Wira, Saga dan juga turut terdapat kereta Proton Waja yang dijadikan sebagai teksi di Istanbul. - CARI

sumber foto: Sinar Harian

sumber foto: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 05:54 PM | Show all posts
tudiaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
fuyooooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 06:02 PM | Show all posts
surat khabar omputih hari kata syarikat PROTON Malaysia bakal bernaung di bawah syarikat Perancis PSA Peugeot Citroen dalam masa terdekat
agaknya puak perancis cuba nak buat hibrid singa perancis diaorang dengan harimau malaya




Puak perancis dah jumpa Perdana Menteri British dan Presiden Jerman untuk realisasikan hasrat diaorang untuk buat chimera hibrid, singa perancis + harimau malaya + griffin british + halilintar petir jerman ... tak lama lagi siap la projek spesis chimera baru ni


PSA Peugeot Citroën : cara puak perancis uji kefahaman ilmu kejuruteraan automotif diaorang

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 06:14 PM | Show all posts
akak harap spare part proton jangan lah mahal lepas di ambil alih ye..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 06:17 PM | Show all posts
design putra, satria & wira mmg tak lapuk dek zaman.
still relevan sampai sekarang.
proton tiara, juara & arena jer yg failed.
iswara, waja & saga model lama, outdated design nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2017 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
satria gti tetap terpahat sebagai nostalgia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih beli...
Dri
Wira aerobc ke exora bold.....mcm nk amek pesona baru.....tunggu potocop cun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 06:56 PM | Show all posts
Proton Putra 1.8 dulu2 jd idaman. Last2 skg mana pegi tah model tu....nak carik 2nd pun payah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:31 PM | Show all posts
ayuhhhhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:10 PM | Show all posts
aircond rosak...tingkap rosak...kuang ajaq tak leh tutop time hujan....lock rosak....enjin rosak.....

tapi itulah kete aku gune duk ulang alik tetiap minggu dri pahang ke perak....

tapi aku still akan maki...wpon kete tuh bayak berjasa...sebab aku adalah manusia

manusia kan tak reti bersyukoqqq...wakakkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu mmg kete proton hampeh..start dr izora kot da ok..skang iriz,suprima,perdana aku tgk sume improve
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:42 PM | Show all posts
Sebab value for money. Sini sebab proton kete jadi mahal. Mana tak marah. Hilangkan cukai perlindungan automotif, nanti semua like Proton.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Proton boleh murah, dgn syarat vendor anak Mahathir ditamatkan kontrak. Semua bahan mentah dimport secara langsung dari China. Pasti boleh berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:01 PM | Show all posts
capiloton replied at 23-2-2017 06:17 PM
design putra, satria & wira mmg tak lapuk dek zaman.
still relevan sampai sekarang.
proton tiara,  ...

Jangan terlupa Perdana V6.
Walaupun dah hampir 20 tahun, tapi masih kekal relevan rekabentuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:21 PM | Show all posts
Pencacai yang buruk burukkan .Bukan aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
I minat suprima!!

Alaaa wira bpk i walaupun dah lebih dri umur i tp still boleh bwk g kebun g mana2 je la
Hidup lg dan masih berfungsi dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
keter proton yg pling huduh, keter Juara. apa ker huduh bnar rekaannya. mcm kotak yg sdg brgerak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelab? Cuma sorang jerr kot mat turki yg mempunyai kete proton. Tak lah bangga sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 01:31 AM | Show all posts
Edited by turboturtle at 24-2-2017 01:36 AM

Harga masih tak setanding kualiti sebab cukai tinggi, kalu tak kenapa sampai ada rakyat kena buat pinjaman sampai 9 tahun. Bukan kata kereta untuk rakyat ke, Kenapa proton tak laku kat luar ? cuma jaguh di tempat sendiri. Banyak sangat kompromi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.468337 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list