CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2996|Reply: 13

Buat Sendiri Permainan Tanah Liat Play Dough Untuk Anak, Lebih Jimat Dan Selamat

[Copy link]
Post time 9-1-2017 06:24 PM | Show all posts |Read mode


Kanak-kanak dan juga permainan tanah liat play dough memang sukar dipisahkan. Ia memang baik untuk membuat mereka berasa gembira, selain mengembangkan lagi kreativiti masing-masing.


Namun, harus diakui play dough ini mudah bercampur dan menyebabkan ia tak menarik lagi. Ini tidak termasuk bila ia mula mengering dan mengeras.


Sebelum anak merengek untuk play dough yang baharu, jangan risau sebenarnya anda boleh membuat sendiri permainan ini tanpa mengeluarkan belanja yang besar.


Yang penting ia tahan lebih lama dan selamat untuk anak-anak, kan! Jom cuba resipi play dough yang mudah ini, dipetik daripada blog hazrinanasir.com:






Bahan-bahannya


2 cawan tepung gandum


1 cawan garam


1 sudu besar serbuk cream of tartar


2 sudu besar minyak


2 cawan air





Cara-Cara


1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau adunan.


2. Letakkan atas api perlahan.


3. Sentiasa kacau adunan hingga kenyal hampir-hampir macam dodol.


4. Padamkan api dan biarkan sejuk sikit.


5. Bahagikan doh dan uli ikut warna kesukaan.


6. Boleh terus main dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama. - CARI

Foto: Carian Internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2017 06:27 PM | Show all posts
yeke. baru tau. good info. boleh try utk anak2
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife aku selalu buat. Tapi kena selalu tukar. Sbb lama lama dough tu bau masam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu bdk2 termkn..selamat ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:32 AM | Show all posts
ooooo bagus2 good info!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:50 AM | Show all posts
owh!! boleh buat ni
ituhari aku tengok anak aku main ngan kazen dia
kemain suka
nak belikan play dough tu mahal plak
nak beli yg ada kat kedai tu rasa tak selamat plak
lagipun gentel lelama rasa tangan jadi panas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2017 09:07 AM | Show all posts
anak2 buah selalu request tanah liat nih kt mak aku...

abis keluar alat2 terap mak aku dikerjakan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
iol dah 6 tahun ++ plan nak buat playdoh homemade,last2 tak terbuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 11:12 AM | Show all posts
Wah....tq TT atas info ni...nanti boleh la buat untuk anak cik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:48 PM | Show all posts
Jimat buat sendiri dari beli yang dah siap lagi pun tahu bahan2nya pun tak membahayakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 01:47 PM | Show all posts
pastikan bermain tempat khas/ bilik khas... kalau tak jenuh satu rumah berminyak... huhuhu... mop pun 2 3 round baru betul2 hilang kesan minyak....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 01:58 PM | Show all posts
Motif letak garam? Taknak playdoh tu rasa tawar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
I givap dah nak ber diy. Harituh anak request buat slime. Slime apa?! Batu adalah hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 10-1-2017 08:50 AM
owh!! boleh buat ni
ituhari aku tengok anak aku main ngan kazen dia
kemain suka

Tahun lepas cikgu kelas my kids buat aktiviti ni kat sekolah lepas final exam...mmg menjadi n bole jamin menjadi mcm play doh tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:05 AM GMT+8 , Processed in 1.906820 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list