CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1069|Reply: 0

Kren Tumbang Di Makkah Beroperasi Tanpa Lesen

[Copy link]
Post time 30-12-2016 10:10 AM | Show all posts |Read mode


Insiden kren tumbang di Masjidil Haram di Makkah September tahun lalu sehingga menyebabkan 110 orang maut dan mencederakan 260 yang lain disahkan beroperasi tanpa lesen.


Memetik laporan Saudi Gazette, perkara itu dimaklumkan oleh seorang jurutera yang merupakan salah seorang daripada 14 defendan dari Binladen Group yang sedang dibicarakan berhubung insiden itu di mahkamah.


Menurutnya, kebanyakan pekerja di tapak pembinaan tiada pengetahuan mengenai buku manual yang menjelaskan mengenai kaedah operasi.


“Sebahagian mereka langsung tidak tahu buku ini wujud.”


Mahkamah setakat ini sudah mengadakan empat sesi termasuk meneliti tiga bungkusan mengandungi lebih daripada 2500 muka surat laporan mengenai kes itu.


Sumber mahkamah memberitahu, defendan berdepan beberapa tuduhan termasuk pelanggaran peraturan keselamatan, kecuaian sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada ramai orang.


Beberapa peguam berkata di bawah sistem Majlis Pertahanan Awam (CDC), hukuman bagi kecuaian adalah mengikut budi bicara yang boleh membawa kepada maksimum penjara enam bulan, denda tidak melebihi SAR30,000 (RM35,850) atau kedua-duanya.


Terdahulu terdapat sumber memberitahu, kotak hitam kren yang disiasat oleh sebuah syarikat pembuatan di Jerman, mendedahkan kren berkenaan barada pada 87 darjah semasa kemalangan itu berlaku.


Kren itu dilaporkan mempunyai ketinggian 200 meter dan seberat 1350 tan.- CARI

sumber foto: http://saudigazette.com.sa/

sumber foto: http://www.aljazeera.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041439 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list