CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9588|Reply: 78

Rakyat Kelantan Iringi Keberangkatan Sultan Muhammad V

[Copy link]
Post time 12-12-2016 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Bersempena dengan keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke Istana Negara di Kuala Lumpur esok, rakyat Kelantan akan berbaris di sepanjang jalan antara Istana Negeri, Kubang Kerian dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.




Sumber foto: Malaysia Outlook




Menurut Bernama, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir dilaporkan berkata, lebih 11,000 orang dijangka membanjiri laluan sepanjang 14 kilometer itu seawal jam 7 pagi.


"Dari Istana Negeri, kenderaan yang dinaiki baginda akan melalui Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Pekeliling dan Jalan Tok Guru seterusnya ke lapangan terbang," katanya kepada Bernama.


Dalam masa sama, persembahan kebudayaan tradisional akan turut diadakan di 11 lokasi di sepanjang laluan itu, kata Nik Pakheruddin.


Tambah beliau, istiadat itu akan bermula dengan pemeriksaan kawalan kehormat merangkumi 107 anggota dan tiga pegawai Rejimen Artileri Diraja sejurus keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di Istana Negeri pada jam 7.15 pagi.


Nik Pakheruddin berkata, baginda dijadual berlepas ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas pada jam 8.30 pagi diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Ketua Negara dan digantikan dengan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa esok bagi tempoh lima tahun. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2016 03:24 PM | Show all posts
Hensem gak sultan ni noh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga negara terus makmur di bawah naungan bakal YDP Agong seterusnya, Sultan Muhammad V

Daulat Tuanku!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 04:07 PM | Show all posts
Daulat Tuanku...pemurah dan alim Tuanku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat Tuanku..teringin nak tengok permaisuri hati Tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:10 PM | Show all posts
oklah khan raja yang berwajah royal dan siap...drpd negeri2 lain especially..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2016 08:19 PM | Show all posts
tahniah,

segak bergaya sultan kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:30 PM | Show all posts
famri7 replied at 12-12-2016 08:10 PM
oklah khan raja yang berwajah royal dan siap...drpd negeri2 lain especially..

100% budu ka sister?...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 12-12-2016 08:10 PM
oklah khan raja yang berwajah royal dan siap...drpd negeri2 lain especially..

Hahahaha kak, kalau sebut spesifik negeri mana kena tangkap tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:33 PM | Show all posts

budu2 siamese pattani katanya....tapi kami memang siap sis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:35 PM | Show all posts
pakis_hutan replied at 12-12-2016 12:32 PM
Hahahaha kak, kalau sebut spesifik negeri mana kena tangkap tak?

saya enggan sis..sis faham2 jah khanz.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirnya,tanah melayu dapat jgk agong berwajah siap

daulat tuanku..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara perkara pertama yg dibincangkan bila hari pertabalan; his looks.. dulu sultan mizan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ade anak mesti comel
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabungan yang mntop...Agong Sultan kelantan..timbalan agong plak Sultan Perak...wow...luv..luv gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 12-12-2016 08:10 PM
oklah khan raja yang berwajah royal dan siap...drpd negeri2 lain especially..

Gemuk tapi gak..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 12-12-2016 12:55 PM
Gabungan yang mntop...Agong Sultan kelantan..timbalan agong plak Sultan Perak...wow...luv..luv gitu. ...

Kanns..baru la best kalo ada occasion dkt obersea..xmalu lah khanz pemimpin pon nampak wangi..bangga rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 09:00 PM | Show all posts
famri7 replied at 12-12-2016 08:33 PM
budu2 siamese pattani katanya....tapi kami memang siap sis.

soalan kedua.... taste heols yang macam mana ya (konteks soalan heols seorang bujang katanya)?....



Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 09:01 PM | Show all posts
dia ni duda ke? ada anak tak?

tapi tadi tengok kemain meriah upacara keberangkatan balik agong tu.. like perluke majlis besar2an gitu sebab dah habis term jadi agong n nak balik negeri je?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 09:01 PM | Show all posts
aku_best replied at 12-12-2016 08:55 PM
Gabungan yang mntop...Agong Sultan kelantan..timbalan agong plak Sultan Perak...wow...luv..luv gitu. ...

harap2 gabungan ni boleh membetulkan apa yang semakin tak betul di negara kita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.160760 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list