CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2707|Reply: 3

Resipi Masam Manis Yang Ada Umph! Seenak Masakan Di Restoran Thai

[Copy link]
Post time 5-12-2016 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda merasa masakan masam manis di kedai makan tidak menepati cita rasa tekak anda? Ada sahaja terlebih dan terkurang di mana-mana. Ada yang terlalu masam lah, terkurang manis, sosnya likat dan macam-macam lagi yang kita tidak puas hati. Bikin rosak mood sahaja!


Jadi apa kata anda masak sendiri dengan resipi ayam masam manis ini? Resipi ini boleh juga digunapakai untuk ayam mahupun ikan.


Sumber foto: Recipes Hubs






Jom lihat resipinya!


Bahan-bahan:
300g isi ayam dipotong dadu
1 biji cili benggala hijau dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 biji nenas dipotong dadu - simpan airnya
1 biji tomato potong dadu
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa




Bahan Sos:
2 sudu besar pes cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar air nenas
1 sudu besar tepung jagung bancuh bersama 2 sudu besar air
1/2 cawan air



Cara-caranya:
1. Celup isi ayam dalam telur yang dipukul
2. Salut dengan tepung dan goreng sehingga masak atau kekuningan
3. Angkat dan ketepikan
4. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya
5. Masukkan pes cili dan biar seketika
6. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan semua bahan sos, garam dan gula secukup rasa
7. Masukkan cili benggala, tomato, nenas dan bawang besar
8. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi. Biar seketika dan masukkan air tepung jagung sehingga agak pekat dan angkat


Siap dihidang! Anda boleh olah sendiri resipi ini mengikut selera anda. Cubalah! - CARI




Kredit resipi: http://patyskitchen.blogspot.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2016 05:36 PM | Show all posts
macam sedap.. tapi malas nak masak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
X suka msam sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 08:35 AM | Show all posts
sedapnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 1.353663 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list