CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9324|Reply: 85

Hanya Jumpa Kasut, Pelajar Hilang Di Sungai Chiling

[Copy link]
Post time 3-12-2016 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Foto: Harian Metro


Seorang pelajar tingkatan dua yang menyertai Perkhemahan Remaja Unggul didapati hilang di Sungai Chiling, Pertak, Kuala Kubu Bharu awal pagi tadi.


Difahamkan terdapat 47 pelajar menyertai perkhemahan anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak terbabit.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata pihaknya menerima panggilan awam kehilangan Anis Fatihah Hishamuddin, 14, pada 3.20 pagi. Enam pegawai dan anggota dikerahkan bagi operasi mencari mangsa.


"Namun, sehingga kira-kira 11 pagi, dia masih belum ditemui. Gerakan mencari diperluaskan termasuk dengan memohon Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM). Selain itu, unit penyelam bagi bantuan menyelam di dua lubuk air terjun Sungai Chiling, turut dipanggil," katanya kepada Harian Metro.


Kasut sebelah kiri yang dipercayai milik mangsa ditemukan di sekitar kawasan terbabit.


Pihak pengurusan perkhemahan dan anggotan keluaraga mangsa sudah pun dimaklumkan tentang kejadian terbabit. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2016 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga jumpa dalam keadaan selamat and baik2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah musim2 hujan ni garit nk.anjur perkhemahan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mls nk berhusnuzon.. akak ucap alfatihah je la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
huhu
time ni baek hamg tidoq aja di rumah
tapi
biasa la
dah jadi gini baru la semuanya nak berfikir
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang kan musim hujan
Kejadah gigih nak bercamping..bodohnya umno bdr tun razak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2016 02:44 PM | Show all posts
biasa2nya program2 anjuran umno ni peserta dia anak2 ibu tunggal,orang2 yang susah kat kampung2, kebetulan time cuti sekolah..

program dah cantik, time kurang sesuai, buat pula tepi sunagi..


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 02:44 PM | Show all posts
harap selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2016 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap selamatlah......


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Da tau musim hujan nie,x yah laa diadakan perkhemahan kat tepian sungai...Semoga dketemui Adik Anis nie dengan selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 03:16 PM | Show all posts
moga d jumpai dengan cepat





Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 lah selamat.. Musim2 hujan jgnlah saja2 nk pi camping/berkelah nak2 mandi sungai bagai.. Lg baik beringat sblm trkena.. Bnda kalau dh jadi mcm ni, nk menyesal pun x ada guna..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 03:24 PM | Show all posts
Semoga cepat dijumpai
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
How come dia sorg leh hilang?x bersama kawan ke ketika kejadian..jatuh mase nk amik air sembahyang ke?misteri plak rasanya..perasan hilang dh mlm/after midnite
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 07:00 PM | Show all posts
biro agama Umngok....bijak2 musim hujan camping2 tmpt mcm tu dh la kemain ramai budak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2016 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kawasan cgiling ni cetekk jeee..
Bawah waterfall tu dalam sikit..
Tp kawasan waterfall tu kecik je..
Slalu gi sana asik full je.. crowded..
Mcm mustahil x pasan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengetua aku dulu sangat anti dengan program apa2 je yang diadakan kat sungai. Kalau guru berkeras juga nak bawa bebudak join aktiviti camping ko contohnya kat tempat yang dekat dengan sungai,  heol akan kata,  ok,  pi la, tapi apa2 jadi saiya tak mau tanggung. Ko jawab la sindri.

Salah satu sebabnya,  nak elak benda gini berlaku la.

Bukan senang nak jaga berpuluh/ratus anak orang dalam satu masa ni. Macam2 peel. Lagi2 masa camping. Kat sungai pula.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 3-12-2016 06:57 PM
How come dia sorg leh hilang?x bersama kawan ke ketika kejadian..jatuh mase nk amik air sembahyang k ...

Antara perasan hilang masa malam/midnite,

Or pihak berwajib lambat buat laporan (sebab takut dibash) - ingat nak cari dulu. Bila tak jumpa,  baru lapor.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 08:17 PM | Show all posts
Aduhaiii kenapa lah buat aktiviti tepi sungai time time macam ni, tak memasal jadi kes.

moga cepat dijumpai, ameen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.316578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list