CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5156|Reply: 8

Sajian Pantas Hanya 20 Minit : Ayam Masak Nenas

[Copy link]
Post time 22-8-2016 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Kredit foto - Lebai Kudin



Bila masak ayam je biasanya kita akan goreng, masak merah, sup atau buat kari. Boring juga asyik cuba resepi sama je kan! Apa kata cuba pelbagai kan menu dengan mencuba resepi Ayam Masak Nenas.


Rasanya yang masam-masam manis sudah pasti menambahkan lagi selera anda. Jom cuba resepi ringkas ini, tak sampai 20 minit dah boleh makan :




Bahan :
1/2 ekor ayam potong kecik
Bersihkan dan goreng dengan garam dan kunyit 10min asingkan.
1/2 biji nenas kupas dan potong


Bahan tumis:
3 biji Bawang merah, mayang
1 biji Bawang besar, potong kasar
3 biji Bawang putih, ketuk
2 cm halia muda, mayang


Bahan sos:
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap manis
1 sudu madu
1 sudu jus lemon/Limau kasturi
1/2 sudu Lada sulah
1/2 kiub ayam
1/2 cawan air
Garam & Gula secukup rasa


Hiasan:
1 keping potongan lemon
1 biji tomato potong 4
1/2 lobak merah, potong kecik
Daun ketumbar


Cara masak:
Ambil 3 sudu minyak masak dan tumis kan bahan tumis. Bila dah naik bau masukkan Bahan sos dan nenas. Tumis kan lagi 3 min dan perasakan. Masukkan ayam, tabur kan Bahan hiasan dan hidang.



Siap dan bolehlah dimakan dengan nasi hangat, memang sedap. Selamat mencuba - CARI





SUmber - Dari Dapur LK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 01:54 PM | Show all posts
wow macam menarik je resepi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Masam manis ada, oklaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 03:02 PM | Show all posts
kena try ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mayang tu apa adik? akak biasa masak italian food. first time dgr mayang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
iols kalau nenas suka msk pajeri jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2017 09:27 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-8-2017 02:46 PM
Mayang tu apa adik? akak biasa masak italian food. first time dgr mayang

Mayang sari kaka. Kejab lagi pukul 12tengah mlm dia datang bergentayangan say hi.

Kaka tunggu ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 10:32 AM | Show all posts
da lebih kurang mcm paprik la ek...

tinggal tak yah ltk daun limau purut n dia kena letak nenas

bes gak ni...leh try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 10:36 PM | Show all posts
nanti nak try buat kalo rajin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 0 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.216574 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list