CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3302|Reply: 22

Lesen & Permit Pemilik Bas Yang Langgar 10 Kenderaan Digantung Sebulan- SPAD

[Copy link]
Post time 13-7-2016 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: http://assets.bharian.com.my/



Selama sebulan lesen dan 26 permit bas milik Qistina Express Sdn Bhd akan digantung susulan kemalangan membabitkan bas tersebut dan 10 buah kenderaan di Kilometer (KM) 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan selepas Terowong Menora pada 10 Julai lalu.


Menurut ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, tindakan tegas itu diambil selepas mendapati syarikat tersebut melanggar syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD pada 12 Julai lalu.


"Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) mengenai kemalangan membabitkan bas ekspres itu yang sedang dijalankan."


Tambah beliau, diharap tindakan penggantungan lesen dan permit tersebut dapat menjadi pengajaran kepada pengendali bas ekspres lain supaya mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) suruhanjaya itu pada setiap masa.


Semenrata itu, tegasnya SPAD memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihaknya akan terus bekerjamsama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan pengusaha bas ekspress supaya mengutamakan keselamatan penumpang.- CARI








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2016 04:46 PM | Show all posts
sebulan je..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:50 PM | Show all posts
Awat tak batalkan lesen terus.
Itu baru betul-betul kasi pengajaran kepada pengusaha yang lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 13-7-2016 08:50 PM
Awat tak batalkan lesen terus.
Itu baru betul-betul kasi pengajaran kepada pengusaha yang lain-lain ...

At least ban setawun
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
yg dh beli tiket masa kena gantung ni mcmana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 09:00 PM | Show all posts

Batal terus jer. Yang dibawak dalam bas tu bukan ikan tilapia beku buat meniaga. Nyawa orang oii dalam tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2016 09:16 PM | Show all posts
nyawa ummah tanahair takat sebulan gantung jerr ke sis ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pasemboq replied at 13-7-2016 09:16 PM
nyawa ummah tanahair takat sebulan gantung jerr ke sis ?

welcome to malaysia bhai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 09:33 AM | Show all posts
Mcm mana buleh lepas, ini lah tanah airku, tanah tumpah darahku. Nanti kalau bas tak jalan tak raya pulak. Utk pemilik kereta2 yg kena langgar, pi la claim ganti rugi trauma, atau saman company bas tu, sbb cuai. Juga saman sekali agensi2 yg terlibat sbb gagal menjalankan tugas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:46 AM | Show all posts
Batal lah setahun kalau tak nak batalkan selamanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:55 AM | Show all posts
Spad hangat2 taik ayam..... ni melibatkan nyawa org ramai...bole pulakkk gantung 1 bln ajekkk....kasi gantung terus lesen...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:57 AM | Show all posts
Semenrata itu, tegasnya SPAD memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihaknya akan terus bekerjamsama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan pengusaha bas ekspress supaya mengutamakan keselamatan penumpang.- CARI

Bukan sahaja keselamatan penumpang, tapi keselamatan pengguna jalan raya yg lain jugak!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 05:21 PM | Show all posts
kalau sebulan seronoknya tak bengkrap lagi syarikat bus tu ........
kenapa tak gantung lessen tu seumur hidup ????
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 06:01 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-7-2016 06:02 PM

Kalau kita amati video youtube tu dan kita pun dapat rasakan yang dia ni amat berbahayalah. seriously.  cara pemanduan tu ya allah. terkejut.
dirempuhnya ( brake ke ye ke tak ni ? kata rosak ? tapi sebelum tu pelan pelan elok elok je ... ) wow u know - kita tertanya rekod  selenggaraaan kenderaan  depa ni okay ke , tak ke ?

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 06:03 PM | Show all posts
naiklah kenderaaan yg ada kelajuan ground speed 700km/jam  tapi bukan di darat. atau ETS.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebulan? Gantung.. not suppose to tarik terus lesen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna kan je kuasa pengguna..nmpk nama qistina lehnat ni boikot je trus..rakyat malaysia ni pemaaf sgt n cepat lupa
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 03:10 PM | Show all posts
sebulan je?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 04:41 PM | Show all posts
bahaya kenderaan berat ni klu selenggara elok2..

tokey2 mmgla kemutkdekut.. yg jd mangsa, kuli2 drebar n org lain la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 04:44 PM | Show all posts

opkos la.

takpakai seatbelt = denda rm2000 atau penjara minima 6 bulan.
langgar lebih 10 bijik keta = gantung lesen sebulan

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061505 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list