CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3411|Reply: 9

Hrithik Roshan Nyaris Maut Dalam Serangan Letupan Bom Di Istanbul

[Copy link]
Post time 1-7-2016 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Kejadian serangan letupan bom yang berlaku di bandar Istanbul, Turki pada 29 Jun lalu telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia.

Laporan media menyebut, serangan bom berani mati itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 36 orang maut dan 150 orang lagi cedera.

Pelakon Bollywood Hrithik Roshan, 42, yang dalam perjalanan pulang dari Madrid, Sepanyol selepas menghadiri acara IIFA 2016 dilaporkan nyaris menjadi salah seorang mangsa korban serangan berdarah itu kerana pesawat yang dinaikinya singgah di Lapangan Terbang Ataturk pada malam kejadian letupan bom berkenaan.

Bintang terkenal Bollywood itu dijadualkan meneruskan perjalanan pulang pada hari yang sama. Namun malangnya, Hrithik dan dua anaknya ketinggalan pesawat yang sepatutnya membawa mereka ke India. Sementara penerbangan seterusnya yang paling awal tidak lagi mempunyai kekosongan untuk tempat duduk kelas utama.

Tidak mahu menunggu keesokan hari, Hrithik memutuskan untuk membeli tiket kelas ekonomi. Dan hanya selang beberapa jam saja selepas penerbangan Hrithik berlepas ke India, serangan bom itu berlaku di Istanbul.

Sebaik saja mendarat di Mumbai dan tatkala mendengar khabar serangan pengganas di Istanbul, Hrithik terus memuat naik status di akaun Twitter mengesahkan dirinya selamat.

Dia turut menyampaikan rasa duka cita dan doa atas musibah yang menimpa Turki sekaligus bersyukur kerana membuat keputusan untuk terbang pulang dengan pesawat yang sedia ada, tanpa menunggu penerbangan untuk tempat duduk kelas utama yang hanya dijadualkan pada keesokan harinya. - CARI Infonet












Kredit : Kaki Gosip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2016 01:38 AM | Show all posts
bagus....sanggup naik ekonomi class..ingt naik jet peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 11:59 AM | Show all posts
nasib ko nak naik economy class. klu nak tunggu jugk biz class/ first class entah2 dah arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 12:12 PM | Show all posts
Kenapa We = V?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 01:00 PM | Show all posts
Everything happens for a reason.


Maka, itu sebabnya jika kita tak dapat apa yang kita mahu, semestinya ia adalah yang terbaik buat kita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pensyarah aku penah cakap kalau nak accident tak kira 1st class ke ekonomi class sama je .yang penting selamat dlm perjalanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 4-7-2016 12:12 PM
Kenapa We = V?

Kawan sy pula tulis V tu mcm bunyi memberi.x faham kadang2 apa dia tulis
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 01:30 PM | Show all posts
NOWORD replied at 12-7-2016 01:02 PM
Kawan sy pula tulis V tu mcm bunyi memberi.x faham kadang2 apa dia tulis

Oh macam kecek klate ek? memberi = bui =v
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 12-7-2016 01:30 PM
Oh macam kecek klate ek? memberi = bui =v

Betul sis.kawan sy org kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:38 PM | Show all posts
betol ke hirthik rosahn ande lebih 1 jari. fakta atau auta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.215119 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list