CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2150|Reply: 11

[Tempatan] imigresen t'land tahan lagi warga asing guna pasport palsu malaysia.

[Copy link]
Post time 26-5-2016 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-5-2016 12:49 AM

Imigresen Thailand Tahan Seorang Lagi Warga Asing Guna Pasport Palsu Malaysia

Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK, 25 Mei (Bernama) -- Seorang warga China yang ditahan Polis Imigresen Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok mengakui membayar US$6,000 untuk membeli pasport palsu Malaysia melalui internet.

Komander Divisyen 2 Polis Imigresen Mejar Jeneral Thatchai Pitanaeelaboot berkata, lelaki itu, Wang Jianghua ditahan pada pukul 6.55 pagi (waktu tempatan) hari ini semasa pemeriksaan Imigresen sebelum menaiki penerbangan ke Tokyo.

"Pegawai Imigresen mendapati sesuatu yang mencurigakan pada halaman butiran peribadi pasportnya dan menjalankan pemeriksaan lanjut dan mendapati pasport itu menunjukkan butiran peribadi seorang wanita rakyat Malaysia yang dilindungi butiran peribadinya (Wang)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah siasatan lanjut, katanya, Wang mengaku dia adalah seorang warga China dan memasuki Thailand pada tahun 2013 melalui sempadan Maesai di wilayah Chiangrai, bahagian utara negara ini dan dia tidak mempunyai pasport sendiri.

Thatchai berkata, semasa soal siasat, warga Cina itu mengaku kepada pegawai Imigresen dia membeli pasport palsu Malaysia melalui internet pada harga US$6,000.

Pemeriksaan oleh pegawai Imigresen mendapati pasport itu milik seorang wanita rakyat Malaysia dan disenaraikan di bawah pemberitahuan mengenai kehilangan pasport.

Ini merupakan kejadian kedua dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang melibatkan penangkapan warga asing cuba untuk meninggalkan Thailand dengan menggunakan pasport palsu Malaysia.

Pada 14 Mei, pegawai Imigresen Thai di Lapangan Terbang Chiangmai menahan seorang lelaki warga Sri Lanka berumur 22 tahun dengan pasport palsu Malaysia sebelum dia menaiki penerbangan ke Hong Kong dan Zurich kemudiannya.

Siasatan lanjut menunjukkan pasport palsu yang dipegang oleh lelaki Sri Lanka itu milik seorang wanita warga Malaysia.

Polis Imigresen Thailand juga berkata, ia akan menjalankan siasatan mendalam untuk menentukan sama ada kes itu melibatkan sindiket pemalsuan pasport.http://www.bernama.com/bernama/s ... p?id=1249392&cat=ut

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 08:05 AM | Show all posts
Amoi malaysia selalu jual passport ka
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:36 AM | Show all posts
msia ni mmg selalu berlaku benda2 yang tak masuk akal...

corruption to the highest level
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:46 AM | Show all posts
mmg cikki2 suka hilangkan passport ke? sbb passport yg hilang tu dedua jantina cikki...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayangilah passport anda..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 11:00 AM | Show all posts
Ermm...bagus laaa...buat lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2016 11:22 AM | Show all posts
banyaknya dia bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 11:42 AM | Show all posts
NAK BUAT PASPORT MALAYSIA HARGANYA MURAH TAPI KALAU DIJUAL HARGANYA MAHAL....LU PIKIRLAH SENDIRI..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 11:42 AM | Show all posts
kesimpulannya, pompuan malaysia banyak lalai dan hilang passport
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mohon kerajaan pertingkatkan ciri2 keselamatan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 07:11 PM | Show all posts
mendapati pasport itu menunjukkan butiran peribadi seorang wanita rakyat Malaysia yang dilindungi butiran peribadinya (Wang)


lama aku cuba memahamkan ayat di atas until aku tukar perkataan 'dilindungi' itu dengan 'covered'

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 07:23 PM | Show all posts
leylapple replied at 26-5-2016 08:36 AM
msia ni mmg selalu berlaku benda2 yang tak masuk akal...

corruption to the highest level

pelik sangat ke passport palsu ni.. negara lain pon berlambak.. termasuk so call negara maju. sapa sapa bole buat.

yg penting kat sini adalah pemeriksaan imigresen tu..  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.163471 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list