CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 5

[Dunia] Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing (18SG)

[Copy link]
Post time 31-7-2021 01:03 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan Steve Bouquet. - AGENSI

Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing

LONDON – Seorang lelaki Britain dipenjara lebih lima tahun hari ini kerana melakukan kempen pembunuhan kucing selama beberapa bulan di sebuah bandar tepi laut.

Seorang hakim Mahkamah Diraja Hove Crown, selatan England menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga bulan terhadap Steve Bouquet yang merupakan seorang bekas pengawal keselamatan berusia 54 tahun.

Dia didapati bersalah membunuh sembilan ekor kucing dan mencederakan tujuh yang lain di bandar peranginan Brighton, demikian menurut Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS).

Sebilangan pemilik haiwan  berkenaan menghadiri sesi pembacaan hukuman tersebut.

Pemilik-pemilik tersebut menemui  kucing mereka dalam keadaan berdarah di depan pintu kediaman masing-masing akibat serangan pisau.

Hakim Jeremy Gold berkata, pembunuhan yang dilakukan Bouquet antara Oktober 2018 hingga Jun 2019 itu adalah kejam dan berterusan.

Bouquet  didapati melakukan kesalahan jenayah dan memiliki pisau.

Dia berdepan pertuduhan melakukan jenayah kerosakan dan bukan kekejaman terhadap haiwan kerana Bouquet tidak memiliki haiwan tersebut.

“Pertuduhan ini  juga membawa hukuman yang lebih serius,”  kata CPS.

Bouquet beroperasi pada waktu malam dan polis pada mulanya sukar mencari petunjuk.

Namun, dia kemudian dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  setelah pemilik kucing pertama yang dibunuh memasang kamera di luar rumahnya.

Rakaman CCTV menunjukkan Bouquet pergi kepada seekor kucing dan menikam haiwan itu dengan pisaunya.

Kucing itu berlari pulang ke rumah pemiliknya  dan kemudian mati. Pemilik haiwan itu kemudian menjejaki kesan darah dan melihat terdapat kamera CCTV, lapor akhbar The Times.

Dua hari kemudian, pemilik rakaman itu melihat Bouquet dan menghubungi  polis.

Motif serangan kejam itu masih tidak jelas walaupun polis mendapati dia telah melakukan carian internet untuk video anjing menyerang kucing. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
apa masalah dia dengan kucing??
anjing tau pulak tak reti bunuh
ha kedalam laa kau
tak paham aku kenapa nak kena makhluk tak reti pertahankan diri ni tak kisah la anjing kucing hamster ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:26 AM | Show all posts
Muka pun dah mcm pitbull terrier
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Zalim ko ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:20 AM | Show all posts
memula meow , pastu manusia? Helok la kena jail.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.413691 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list