CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 14598|Reply: 42

Liza Abdullah Bakal Jadi Bini No 4?

[Copy link]
Post time 3-5-2021 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Liza Abdullah Bakal Jadi Bini No 4?



PETALING JAYA – Selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal, dramatis terkenal, Liza Abdullah tidak akan menolak suratan takdir andai terpaksa hidup berpoligami.

Menurut Liza atau nama lengkapnya, Norliza Abdullah, 56, pengakuan tersebut bagaimanapun tidak bermakna dirinya terdesak untuk berumah tangga sekali lagi selepas bercerai dengan bekas suami, Zolkifli bdul Rahman pada 2014.

Bagi Liza, soal jodoh, maut dan pertemuan semuanya rahsia Allah.

“Kahwin itu kerja Allah. Siapa tak nak kahwin dalam dunia ini? Ada yang jadi nombor satu pun belum tentu bahagia. Kalau sudah takdir jadi bini nombor empat maka takdirlah.

“Pun begitu, kalau Allah sudah tentukan saya hidup solo sampai mati, saya juga reda. Pada masa sama, anak-anak saya semakin lama semakin membesar dan mereka sudah dan akan punya keluarga sendiri.

“Anak yang kita besarkan tidak selama-lamanya akan duduk atautidur dengan kita,” kata Liza ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa bersama 40 artis veteran di ibu negara baru-baru ini.


LIZA ketika hadir menyerikan majlis berbuka puasa artis-artis veteran baru-baru ini.

Pada masa sama, dramatis cukup dikenali menerusi watak Mak Leha dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku itu mendedahkan sedang mengenali hati budi beberapa orang lelaki buat masa sekarang.

“Saya tidak nafikan sedang berkawan dengan beberapa lelaki. Serius tak serius itu, hanya saya sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya cakap, ada lelaki yang serius ada yang tidak.

“Selama tujuh tahun hidup menjanda, bohonglah kalau saya kata saya tak sunyi. Untuk hilangkan rasa sunyi itu, saya sibukkan diri dengan bekerja. Apa pun, soal jodoh seperti saya cakap tadi, saya serahkan kepada Allah,” katanya lagi.

Liza mendirikan rumah tangga dengan Zolkifli Abdul Rahman pada 1988 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 12:13 AM | Show all posts
main-main hantu antara artis yang kekal relevan sepanjang zaman
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen laa dgn Shah Rezza masa muda selalu bergandingan jd kekasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 05:16 AM | Show all posts
NonaNaga replied at 3-5-2021 12:27 AM
Kawen laa dgn Shah Rezza masa muda selalu bergandingan jd kekasih

Hah?... kalau nak, dah lama dah dia kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ms zmn liza burung hantu dulu aku bleh gak layan lakonan dia ni
tp sejak jd acik2 kepam dlm 7 hari mencintaiku watsoever,terus rs tukar cenel sbb overacting nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa org slalu cakap kalau menjanda selalu sunyi??? Dorang takde benda lain nak buat selain kawin or cari pasangan ke....honestly aku rasa mcm byk benda blh buat nak isi masa selain berlaki...hish tak penat ke dah tua2 umur senja nak berkahwin lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2021 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
NonaNaga replied at 3-5-2021 12:27 AM
Kawen laa dgn Shah Rezza masa muda selalu bergandingan jd kekasih

Pasangan paling sesuai dalam lakonan. Sama cantik sama padan lg2 dalam filem marah2 sayang
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
NonaNaga replied at 3-5-2021 12:27 AM
Kawen laa dgn Shah Rezza masa muda selalu bergandingan jd kekasih

Saya pun suka depa 2 ni kawen..sesuai sgt tp awatla shah reza jd bujg terlajak,ramai kot yg nak kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 07:22 AM | Show all posts
awenda507 replied at 3-5-2021 05:52 AM
Pasangan paling sesuai dalam lakonan. Sama cantik sama padan lg2 dalam filem marah2 sayang

mungkin hnaya utk berteman. bukan bersuami
ebby yus pun ada lagi bole juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:25 AM | Show all posts
shah reza mmg single lagi eh?  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka jer tgk dia berlakon wpn over..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 10:31 AM | Show all posts
NotYou replied at 3-5-2021 05:39 AM
Kenapa org slalu cakap kalau menjanda selalu sunyi??? Dorang takde benda lain nak buat selain kawin  ...

kalau aku tak kuasa lah nak start new r ship...
elok aman2 sensorang ...
makan ikut suka...nak mkn roti..biskut ..buah2 saje...
tetiba nak kena tny partner nak mkn apa bagai....

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:03 AM | Show all posts
Ok jer dia berlakon.. Lawak boleh.. jahat pun boleh..

Memang letih bile fikir nk start relationship bru pada usia2 begini tapi kalau dh jodoh siapalah kita nk halang kehendak Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:42 AM | Show all posts
dah 56 taun umur dia eh... Tapi maintain gak ahh.
muka dia pun takde nampak dibuat2 sangat, mungkin kasik tegang aje.

Tapi ade je artis2 yang dah 50s kawin dengan ahlil koperat / politician pencen yang dah berumur, sama2 pi belajar agama, gi masjid, buat keje charity, mmg best je tengok.

Anak2 pun masing2 dah beso, semua dah buat hal masing2, tu yang jadik sunyi kot.
ada a few kawan2 aku pun mcm tu. Bini meninggal. lepas setaun 2 tu mcm kusut gile.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:29 PM | Show all posts
NotYou replied at 3-5-2021 05:39 AM
Kenapa org slalu cakap kalau menjanda selalu sunyi??? Dorang takde benda lain nak buat selain kawin  ...

sebelum kawen, selalu pikir camtu... apalah cik2 jan ni heboh nau nak berlaki balik, nak2 umor senja ni...

tapi da berumah tangga ni, baru paham.. bukan soal seks, tapi lebih kepada teman bicara..
tempat nak luah perasaaan, kawan mendengar, teman beribadah..
sebab anak2 bila da dewasa, diorang da ada dunia sendiri dengan komitmen.. nak2 yang da berumah tangga..

bila ada teman tu, kurang rase sepi bila terbangun tengah malam tu..
iolls yang pjj ni, bila hubby tak balik serius rase sayu.. apatah lagi yang ibu2 tunggal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:53 PM | Show all posts
acik liza dan azik lidaywati xde anak perempuan ke? sbb deols sgt cantik masa muda.manalah tahu kenan kat anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
NotYou replied at 3-5-2021 05:39 AM
Kenapa org slalu cakap kalau menjanda selalu sunyi??? Dorang takde benda lain nak buat selain kawin  ...

Chuols, ada isteri org yg meols kenal pon kata dia sunyi wpun berlaki. Ni pulak xde laki kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ske tgk dia time dlm ali setan, i rase dia lagi bertingkek2 lawa dari ogy..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 01:37 PM | Show all posts
cicicumel replied at 3-5-2021 12:53 PM
acik liza dan azik lidaywati xde anak perempuan ke? sbb deols sgt cantik masa muda.manalah tahu kena ...

Dua2 ada anak perempuan. salah sorang anak perempuan liza abdullah dah kawin last year kalau tak silap. lidyawati ada 2 org anak rasanya. dua2 perempuan. tapi dia ni mmg tak suka tunjuk gambar family. family tu benda peribadi sgt tuk di share katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 01:38 PM | Show all posts
cicicumel replied at 3-5-2021 11:53 AM
acik liza dan azik lidaywati xde anak perempuan ke? sbb deols sgt cantik masa muda.manalah tahu kena ...

acik liza ada anak pompuan, haritu sama2 masuk dalam famili duo nyanyi lagu joget.

anak2 kak liza lawa dan hensem.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.194192 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list