CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23349|Reply: 17

[Dunia] Cakau? Conglap? Racuah? Rafizi says RM1.1b ARM microchip deal presented to Cabinet three times

[Copy link]
Post time 17-2-2026 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kemaruk at 17-2-2026 05:22 PM

Rafizi says RM1.1b ARM microchip deal presented to Cabinet three times

By Malay Mail
Tuesday, 17 Feb 2026 12:07 PM MYT
KUALA LUMPUR, Feb 17 — Datuk Seri Rafizi Ramli yesterday rejected claims that the RM1.1 billion microchip deal he oversaw as then minister of economy was rushed and hastily signed, a point now under investigation by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

In an exclusive statement to The Edge, the Pandan MP said the proposed deal with ARM Holdings was presented to the Cabinet three times, involving a committee of officials from the Ministry of Economy, Ministry of Investment, Trade and Industry (Miti), and Ministry of Finance (MOF).

“To say it was rushed is to accuse the Prime Minister, MOF II and Miti ministers as well, because they were all part of the process,” Rafizi said, adding that the ministries had negotiated directly with ARM Holdings’ leadership, including Masayoshi Son, without the Ministry of Economy.

The MACC confirmed it is investigating the agreement following complaints that the deal was signed without proper approvals from Miti and MOF.

Rafizi said the committee actively participated in negotiations, ensuring their inputs were reflected in a revised draft agreement.

Disagreements over which ministry should lead semiconductor investments delayed the process, prompting further Cabinet discussions.

“A committee was formed comprising the then Miti minister Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, Second Finance Minister Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, myself as minister of economy, and officials from the respective ministries to thrash out all the details. On the behest of the Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who wanted to see the collaboration take off, the committee finalised the agreement.”

Following these discussions, the prime minister convened a meeting with ministry leaders and senior officials, resulting in the deal being re-submitted to Cabinet.

“It was re-tabled for the third time and passed because the government wanted to honour the date agreed with ARM for signing,” Rafizi said.

He also clarified that the Malaysian Investment Development Authority (Mida), not his former ministry, officially signed the agreement, while project funding came under the purview of Mida and MOF.

The RM1.1 billion deal, signed in March 2025, aims to acquire advanced semiconductor intellectual property from ARM Holdings, specifically for AI chip design and production.

The partnership is intended to help Malaysia move up the semiconductor value chain from assembly and testing to high-end chip design.


https://www.malaymail.com/news/m ... -three-times/209461



Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 0 Users voted
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2026 05:19 PM | Show all posts
Edited by kemaruk at 17-2-2026 05:21 PM

cerita dari pihak rafizi facebook iswardy morni utamahttps://www.facebook.com/iswardym

Empire Strikes Back': Mengapa Siasatan Meletus Sebaik Rafizi Ramli Menuntut Reformasi SPRM?

Oleh: Unit Penyiasat Bebas

A. Pendahuluan

Di koridor gelap Putrajaya, ada satu "unwritten rules" yang difahami oleh setiap ahli politik: Jangan sesekali menjentik sarang tebuan penguatkuasa. Namun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, nampaknya bukan sahaja menjentik, malah cuba meruntuhkan terus sarang tersebut dengan tuntutan reformasi institusi yang radikal terhadap SPRM.

Kini, "sarang" itu sedang menyerang balas. Bukan satu kebetulan (coincidence) apabila siasatan terhadap perjanjian teknologi bernilai RM1.11 bilion antara MIDA dan Arm Holdings meletus tepat pada saat kelantangan Rafizi mencapai kemuncaknya.

Dalam dunia politik forensik, ini bukan sekadar prosedur integriti biasa; ini adalah taktik klasik yang boleh dinamakan sebagai 'The Empire Strikes Back' – ia berlaku apabila sistem yang sedia ada merasa terancam, ia akan menggali setiap fail, meneliti setiap minit mesyuarat, dan menggunakan 'pendedahan strategik' untuk membina naratif jenayah daripada sebuah pelaburan masa depan, walau sebagaimana dangkal bunyinya, asalkan ia dapat membunuh “karakter” seseorang.

Persoalan yang kita kena fikirkan ialah, adakah dokumen 'SULIT' MIDA yang berpindah tangan kepada NGO-NGO politik itu adalah satu ketirisan tidak sengaja, atau ia adalah 'umpan' yang dihantar terus dari pintu belakang birokrasi untuk menjerat menteri yang paling vokal ini?

Artikel ini akan membongkar bagaimana projek mikrocip yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara, kini dipusingkan menjadi jerat prosedur yang direka secara klinikal untuk menutup mulut mereka yang mahu menuntut reformasi.

Soalan yang lebih utama, adakah ini sebab kenapa Anwar Ibrahim tidak berani menyentuh Azam Baki kerana takut dia juga turut di heret sama?

B. Watak Di Sebalik Tabir: Siapa Yang Mengepak tangan “Arm”?

Sebelum siasatan SPRM menjadi tajuk utama, perjanjian Arm Holdings adalah "anak emas" kepada satu konsortium kuasa di Putrajaya. Untuk memahami bagaimana jerat ini dipasang, kita perlu melihat siapa yang menandatangani dokumen tersebut:

1. Perdana Menteri (Ketua Arkitek): Sebagai pengerusi Majlis Pelaburan Negara (MPN), beliau adalah watak yang memberikan kelulusan dasar. Tanpa restu di peringkat tertinggi ini, MIDA tidak akan berani bergerak setapak pun. Beliau mahukan "kejayaan pantas" (quick win) untuk membuktikan ekonomi Malaysia sedang melonjak. Ironinya, kelulusan inilah yang kini dijadikan "kawasan kelabu" untuk menyerang bekas menteri ekonominya.

2. Menteri Pelaburan (Sang Pemudah Cara): Di bawah payung MITI kuasa terletak pada Tengku Zafrul selaku menterinya. Di sini terletak satu agensi bernama MIDA yang menjadi agensi pelaksana. Watak ini memegang autoriti teknikal. Segala proses due diligence dan penilaian vendor berada di bawah bidang kuasanya. Persoalan besar bagi kita: Jika benar wujud ketirisan prosedur, mengapa hanya kementerian ekonomi yang diserang? Adakah terdapat persefahaman rahsia untuk membiarkan menteri ekonomi "terdedah" (exposed) sementara pihak lain mencuci tangan?

3. Menteri Ekonomi (yang menjadi mangsa): Beliau adalah "wajah" kepada projek ini. Melalui inisiatif KL20, beliau mahu memintas birokrasi lama yang lembap. Watak inilah yang paling bersemangat mahukan Malaysia memiliki hak intelek (IP) cip sendiri. Namun, keberaniannya mencabar integriti agensi penguatkuasaan telah menukar statusnya daripada "wira teknologi" kepada "sasaran siasatan".

4. “Deep State” Birokrasi (Watak Ghaib): Ini adalah watak paling kritikal dalam konspirasi ini. Seorang (atau sekumpulan) pegawai tinggi di dalam agensi pelaksana yang mempunyai akses kepada fail SULIT. Mereka adalah individu yang membocorkan memo dalaman kepada NGO-NGO tertentu. Motifnya jelas: Melemahkan kedudukan menteri yang cuba mengubah cara tradisi "kontrak untuk kroni" dijalankan di Putrajaya.

C. “Tergesa-gesa” atau Membuang Budaya 'Kontrak Untuk Kroni' di Putrajaya
Selama berdekad, nadi ekonomi Putrajaya berdenyut melalui satu sistem yang sangat “menguntungkan” sesetengah pihak: Ekosistem Kroni.
Dalam sistem ini, kontrak-kontrak besar—terutamanya dalam sektor teknologi dan infrastruktur—selalunya sudah mempunyai "pemenang" sebelum tender pun dibuka. Syarikat-syarikat 'shell' dengan kabel politik yang kuat akan bertindak sebagai broker, mengambil komisen atas nama 'perundingan', sementara kerja sebenar disubkontrakkan kepada pihak lain. Ini semua orang tahu dan dianggap rahsia terbuka atau “open secret”.

Apabila Rafizi Ramli melancarkan inisiatif KL20 dan perjanjian Arm, beliau melakukan sesuatu yang dianggap tabu dalam birokrasi lama:

Pertama: Pemberian Kontrak Terus kepada Gergasi Global: Dengan membawa Arm Holdings secara terus, Rafizi telah memintas rantaian "orang tengah" yang biasanya memakan margin keuntungan projek kerajaan. Tiada ruang untuk "syarikat perunding kroni" apabila anda berurusan terus dengan gergasi semikonduktor dari UK.

Kedua: Ketelusan Nilai Tinggi: Melalui NIMP 2030, dana disalurkan berdasarkan pencapaian (milestones) yang perlu diteliti dan dibuat laporan setiap kali pembayaran hendak dilakukan dan bukan lagi melalui bayaran pendahuluan (upfront) yang sering hilang dalam poket-poket orang tengah dan kroni-kroni.

Ketiga: Menutup Pintu 'Ali Baba' Teknologi
Dengan membawa Arm Holdings secara terus melalui MIDA, Rafizi telah memotong rantaian "orang tengah" yang selama ini hidup mewah sebagai parasit projek kerajaan. Ini yang mungkin menjadi sebab kenapa SPRM mengatakan ia sebagai “tergesa’gesa”. Tiada ruang untuk "komisen perundingan" 10% apabila berurusan terus dengan gergasi global yang mementingkan kepatuhan (compliance) antarabangsa. Tindakan ini menjadikan Rafizi musuh nombor satu kepada elit birokrasi yang sudah biasa menerima 'habuan' di bawah meja.

Keempat:  Serangan Balas: SPRM Sebagai 'Outsourced Hitman'
Apabila broker-broker ini kehilangan punca pendapatan, mereka tidak melawan di mahkamah—mereka melawan melalui institusi yang boleh dipengaruhi. Di sinilah SPRM masuk ke dalam gelanggang.

Serangan SPRM kali ini bukan lagi sekadar siasatan integriti, tetapi dilihat sebagai serangan proksi. Dengan menggunakan dokumen 'bocor' yang disalurkan oleh broker-broker yang kecewa, SPRM mula melancarkan naratif "penyelewengan tata kelola".

Taktik ini sangat licik:
• Senjata Prosedur: Mereka tidak mencari bukti wang masuk ke akaun peribadi (kerana ia memang tidak wujud), sebaliknya mereka menumpukan kepada "kecacatan prosedur" dalam kelulusan pantas projek Arm.
• Pembunuhan Karakter Secara Terancang: Setiap serbuan dan penelitian dokumen dihebohkan ke media untuk memberi gambaran bahawa menteri reformis ini sama sahaja dengan perasuah lama.

D. Perisai Untuk Sistem Lama
Serangan SPRM ini adalah isyarat jelas daripada sang broker kepada mana-mana menteri yang cuba menutup lubang kontrak kroni: "Jika anda mengganggu periuk nasi kami, kami akan menggunakan agensi penguatkuasaan untuk membeku nadi politik anda." SPRM, yang sepatutnya menjadi pemburu perasuah, kini dilihat seolah-olah menjadi 'bodyguard' kepada sistem kroni yang terancam. Mereka tidak menyiasat mengapa projek itu baik untuk negara, sebaliknya mereka mencari alasan teknikal untuk melumpuhkan orang yang membawanya. Ini bukan lagi soal undang-undang; ini adalah perang terbuka antara sistem lama yang korup melawan percubaan berani untuk membersihkan Putrajaya.

Ini menimbulkan persoalan kepada kita semua akan menjadi sebab utama dendam kepada Bekas menteri ekonomi ini yang mahu menjadikan negara lebih efisen dan mengurangkan ketirisan akhirnya memakan diri sendiri.
E. Memahami Garis Masa Serangan: Kronologi 'The Empire Strikes Back'
Oleh kerana itulah, maka penting kita memahami garis masa agar kita dapat melihat apa berlaku dan dimana “kebocoran” yang didakwa. Oleh kerana itu dalam politik, masa (timing) adalah segalanya. Apabila kita menyusun kepingan teka-teki ini mengikut urutan tarikh, satu corak yang menakutkan mula kelihatan. Siasatan terhadap perjanjian Arm bukan lahir daripada kekosongan, ia adalah reaksi berantai (chain reaction) terhadap ancaman reformasi.
1. Januari 2026: Ancaman Reformasi Bermula Rafizi Ramli, dalam satu siri kenyataan terbuka dan sesi podcast, mula mempersoalkan keberkesanan sistem pengisytiharan harta dan menuntut transformasi menyeluruh terhadap agensi penguatkuasaan, termasuk SPRM. Beliau menyifatkan beberapa amalan lama sebagai "kanser birokrasi" yang perlu dibedah segera.
2. Awal Februari 2026: Perang Terbuka Ketegangan memuncak apabila Rafizi membangkitkan isu pelantikan jawatan tertinggi dalam agensi yang sepatutnya bebas daripada pengaruh politik. Beliau mencadangkan agar pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM melalui saringan Parlimen, bukan lagi atas budi bicara mutlak eksekutif. Ini adalah ancaman terus kepada struktur kuasa sedia ada.
3. 10 Februari 2026: 'Deep State' Bertindak Hanya beberapa hari selepas serangan lisan Rafizi, dokumen-dokumen bertanda 'SULIT' mengenai perincian teknikal pelaburan MIDA-Arm mula "bocor" keluar dari fail Putrajaya. Ia tidak dihantar ke pejabat menteri, tetapi ke alamat sebuah NGO yang dikenali sebagai "pakar pembuat laporan" bagi pihak tertentu.
4. 12 Februari 2026: Laporan 'Kilat' NGO Satu laporan rasmi dibuat oleh NGO tersebut di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Luar biasa sekali, laporan yang melibatkan dokumen teknikal yang kompleks ini diterima dan diproses dengan kepantasan yang jarang dilihat dalam kes-kes penyelewengan dana awam yang lain.
5. 13-14 Februari 2026: Siasatan Meletus SPRM mengesahkan telah memulakan "penelitian dokumen" dan tidak menolak kemungkinan memanggil menteri berkaitan. Media-media yang condong kepada elit lama mula memainkan naratif "Skandal Bilion Ringgit," mengaitkan Rafizi dengan kegagalan tata kelola yang selama ini menjadi musuh nombor satu beliau.
6. 15 Februari 2026: Mesej Disampaikan Pusingan naratif lengkap. Menteri yang sebelum ini menyerang integriti SPRM kini terpaksa menghabiskan masanya menjawab soalan mengenai integriti dirinya sendiri. Fokus rakyat beralih daripada "Reformasi SPRM" kepada "Siasatan Terhadap Rafizi."

Analisis Siasatan: Satu Bentuk Disiplin Institusi
Garis masa ini membuktikan satu perkara: Setiap kali sistem penguatkuasaan dicabar, sistem tersebut akan menggunakan 'senjata arkib' untuk menyerang balik. Dokumen MIDA-Arm yang sudah setahun ditandatangani tiba-tiba menjadi "bermasalah" hanya selepas Rafizi menjadi "terlalu bising."

Ini bukan kebetulan. Ini adalah disiplin institusi dibuat oleh “deep state” atau daulah terpedam. Ia direka untuk memberi amaran kepada mana-mana menteri masa hadapan: "Jangan sesekali cuba mereformasi kami, atau kami akan mencari lubang dalam setiap fail yang anda tandatangani." Maka apakah menjadi pelik apabila tiba-tiba nada Perdana Menteri yang pada tahun 2022 mahu menangkap Azam Baki (KP SPRM), tiba-tiba bertukar nada kepada menjadikan Azam Hero negara?

F. Efek Domino kepada Anwar, Zafrul dan Mengapa Mengheret Rafizi Bakal Membakar Putrajaya?
Dalam usaha terdesak untuk membungkam Rafizi Ramli, pihak yang mendalangi pendedahan 'dokumen bocor' ini nampaknya terlepas pandang satu fakta asas dalam birokrasi kerajaan: Tiada menteri yang bertindak dalam vakum.
Mengheret Rafizi ke kandang siasatan atas dakwaan "pelanggaran prosedur" dalam perjanjian Arm Holdings bukan sekadar serangan peribadi—ia adalah pelancaran kesan domino yang bakal meruntuhkan kredibiliti seluruh barisan hadapan ekonomi Kerajaan Madani.

1. Titik Mula: Kejatuhan 'Dinding' Tata Kelola
Apabila SPRM mula mempersoalkan integriti pelaburan RM1.11 bilion ini, mereka sebenarnya sedang mempersoalkan integriti Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Mahalah ARM juga mendapat kelulusan dari MPN ini.
Jika Rafizi dituduh memintas prosedur, soalan maut yang akan muncul adalah: Di mana Perdana Menteri? Sebagai pengerusi MPN, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang memegang kuasa veto dan kelulusan mutlak. Jika Rafizi bersalah kerana "tergesa-gesa," maka Anwar secara teknikalnya bersalah kerana "membenarkan." Menumbangkan Rafizi bermakna mengakui bahawa mekanisme semak dan imbang di bawah Anwar telah gagal sepenuhnya.

2. Kesan Domino ke Menara MITI
Jangan lupa, Arm Holdings tidak berurusan dengan Kementerian Ekonomi di atas kertas kosong. Perjanjian ini dimeterai melalui MIDA, agensi di bawah naungan Tengku Zafrul Aziz (MITI).
• Risiko Zafrul: Jika siasatan membuktikan wujudnya "salah guna kuasa" atau "dokumen tidak lengkap," liabiliti undang-undang akan beralih kepada kementerian yang menaungi agensi pelaksana tersebut. Peguam bela Rafizi pastinya akan membangkitkan hujah:
"Jika proses ini cacat, mengapa MIDA dan MITI menandatanganinya?" Ini bakal memaksa Zafrul untuk berada di barisan hadapan saksi, mendedahkan setiap minit mesyuarat sulit yang mungkin selama ini ingin dirahsiakan.

3. 'Mutually Assured Destruction' (Pemusnahan Bersama)
Strategi menyerang Rafizi menggunakan SPRM adalah taktik 'Kamikaze Politik'.
• Pendedahan Berantai: Untuk mempertahankan diri, Rafizi tidak akan jatuh sendirian. Beliau mempunyai akses kepada "arkib formula" yang boleh mendedahkan bagaimana keputusan kolektif kabinet dibuat.
• Keyakinan Pelabur: Apabila dua menteri ekonomi dan seorang Perdana Menteri terheret dalam pertikaian undang-undang mengenai pelaburan teknologi terbesar negara, pelabur asing tidak akan melihat ini sebagai "pembersihan rasuah." Mereka akan melihatnya sebagai ketidakstabilan sistemik. Pelaburan lain di bawah NIMP 2030 mungkin akan ditarik balik atau digantung serta-merta.

4. Senjata Makan Tuan Buat SPRM
Apabila 'domino' terakhir jatuh, ia akan kembali kepada SPRM sendiri. Jika mahkamah mendapati bahawa siasatan ini dimulakan tanpa asas kukuh tetapi sekadar berdasarkan "dokumen bocor" yang dimanipulasi, institusi tersebut akan berdepan dengan krisis kepercayaan yang paling buruk dalam sejarah. Ia akan mengesahkan dakwaan Rafizi selama ini: bahawa agensi tersebut memerlukan reformasi total kerana telah dijadikan alat politik.

G. Rumusan: Jerat Yang Salah Sasar
Pihak 'tangan ghaib' dan broker yang membocorkan maklumat ini menyangka mereka hanya memasang jerat untuk seekor kancil yang vokal. Hakikatnya, mereka telah memasang bom jangka di bawah kerusi empuk kabinet. Mengheret Rafizi bukan sahaja akan mendedahkan rahsia beliau, tetapi ia akan memaksa Anwar dan Zafrul untuk turut sama "bermandikan lumpur" di mahkamah rakyat.
Menarik untuk kita saksikan bagaimana sistem keadilan yang mahu di reformkan, akhirnya ia telah digunakan untuk membunuh Real Reformist yang sebenar.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2026 05:31 PM | Show all posts
racuah rm1.1 bilion ke?

rafizi gelojoh acah2 dapat saingi NVIDIA

kunun2 dia la orang pertama jadi pelopor industri hardware AI negara bertaraf dunia

perjudian rm1.1 bilion yang menghasilkan taik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2026 05:34 PM | Show all posts
letak ciap2


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 07:34 PM | Show all posts
RM1.1 bilion jer?

imdb RM50 billion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2026 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dick measuring contest pulak dah

Cakau cakau cakau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2026 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 17-2-2026 07:34 PM
RM1.1 bilion jer?

imdb RM50 billion

Balik2 nk meratib tu je la..padahal dua kali lima, lima kali khinzir

Politician 99.99 persen khinzir
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 10:21 PM | Show all posts
Sakau budaya kitoooo......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2026 10:53 PM | Show all posts
kemaruk replied at 17-2-2026 05:19 PM
cerita dari pihak rafizi facebook iswardy morni utamahttps://www.facebook.com/iswardym

Empire Strik ...

artikel bagus... tp sgt menghairankan sbb point utama artikel ialah sprm boleh dipergunakan oleh pihak lain.

aku ingat cerita kat atas lebih cenderung ke arah sprm + pihak lain membuat tindakan supaya kedudukan mereka tdk tergugat atau imej calar..

dari sisi lain, aku ingat rafizi boleh ada point yg baik untuk mempertahankan diri, ianya keputusan terbuka dan secara kolektif.. bukankah menteri ada kuasa untuk ubah cara pentadbiran.. tp tak tau sampai mana

tunggu dan lihat

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 11:12 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 17-2-2026 07:52 PM
Balik2 nk meratib tu je la..padahal dua kali lima, lima kali khinzir

Politician 99.99 persen khi ...

RM50 billion tu negara Mesia (rekyat Mesia) kena bayo
cth :

atok ko wat utang RM5 juta

RM5 juta tu nenek ko wat enjoy beli designer bag, beli kete besar

yg membayarnya utang RM5 juta tu adalah anak cucu

ko plak salah sorang cucu   


ko nak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2026 11:15 PM | Show all posts
madani cakau
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 11:15 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 17-2-2026 07:52 PM
Balik2 nk meratib tu je la..padahal dua kali lima, lima kali khinzir

Politician 99.99 persen khi ...

lagik projek Bijan

ECRL RM84 billion

RM84 billion ni utang yg rekyat Mesia kena bayar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2026 11:20 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 17-2-2026 07:52 PM
Balik2 nk meratib tu je la..padahal dua kali lima, lima kali khinzir

Politician 99.99 persen khi ...

heran nya UMNO takde mencakau pon


yang asyik kena tuduh mencakau ialah ahli team baik yakni rafizi, ajam baki, shamsul pound sterling



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2026 11:21 PM | Show all posts
plywood replied at 17-2-2026 10:53 PM
artikel bagus... tp sgt menghairankan sbb point utama artikel ialah sprm boleh dipergunakan oleh p ...

SPRM djaman madani
yang kuban2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2026 11:25 PM | Show all posts
mentang2 la ECRL tu menghubungkan ke negeri majoriti melayu

terowong alam di sebalik kerandut Penang sampai sekarang tak nampak ape
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 11:29 PM | Show all posts
Edited by stingerkentot at 17-2-2026 04:34 PM

Kah kah kah..bebola tutuh jubor kak KM keeerrrrr??!!!!!

https://mforum.cari.com.my/forum ... 7007&extra=page%3D1



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2026 11:34 PM | Show all posts
stingerkentot replied at 17-2-2026 11:29 PM
Kah kah kah..bebola tutuh jubor kak KM keeerrrrr??!!!!!

https://mforum.cari.com.my/forum  ...

bangkem dah bubuh siap2 dekat post #4 ler
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2026 12:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:56 AM GMT+8 , Processed in 1.070586 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list