
Keadaan di lokasi kejadian, polis menjalankan siasatan dan mengawal keadaan. - Gambar Florence Nervyn

Gambar Florence Nervyn

Gambar Florence Nervyn
SIBU: Satu kejadian tembakan dilaporkan berlaku di sebuah bank di Jalan Lanang di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai merakam seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah bank sebelum melarikan diri.
Selepas menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengawal keadaan.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Sumber : Utusan Borneo
|