CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23288|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sokong langkah ambil 20,000 PPP Gred DG9 secara lantikan kontrak

[Copy link]
Post time 15-2-2026 05:45 PM | Show all posts |Read mode


Sagah ketika ditemui media selepas menyempurnakan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, hari ini.

KUCHING: Sarawak menyokong langkah Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan kontrak, termasuk graduan bukan pendidikan bagi mengisi kekosongan tenaga pengajar di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, Sarawak masih menghadapi kekurangan guru meskipun seramai 3,237 guru telah ditempatkan pada tahun lepas.

“Sebenarnya, kita setakat ini kekurangan kira-kira 1,300 guru di seluruh Sarawak.

“Atas sebab itu, kita menyokong langkah KPM dan mahu melihat lebih ramai tenaga pengajar ditempatkan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pengambilan graduan bukan pendidikan sebagai guru sedangkan ramai graduan yang ada ikhtisas pendidikan masih belum ditempatkan, Sagah berkata, perkara itu tertakluk kepada dasar KPM.

“Polisi itu datang daripada KPM. Sementara SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) yang akan membuat tapisan dan mereka akan lihat berapa ramai yang memohon nanti selain graduan daripada institut perguruan.

"Bahkan, banyak juga graduan daripada universiti swasta yang mengambil kursus-kursus yang relevan, namun ada juga kadang-kadang mereka yang tiada diploma iktisas untuk pendidikan," jelasnya.

Sagah menjelaskan keperluan sebenar guru di Sarawak akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak berdasarkan kekosongan semasa akibat persaraan, peletakan jawatan dan pertukaran guru.

“Mereka akan ditapis oleh SPP dan selepas itu barulah diberi tawaran.

“Jika masih tidak mencukupi, kita akan berunding dengan SPP untuk mempertimbangkan pengambilan secara lantikan kontrak, sekurang-kurangnya bagi calon yang mempunyai kebolehan untuk menjadi guru.

“Dalam masa itu, mereka akan dihantar untuk mengikuti latihan Diploma Pendidikan,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan permohonan pengambilan 20,000 PPP Gred DG9 secara lantikan kontrak akan dibuka dari 2 hingga 20 Mac ini bagi memenuhi keperluan guru seluruh negara.

Menurutnya, hebahan rasmi pengambilan akan dibuat pada 23 Februari, manakala proses saringan dan temu duga dijadualkan dari 27 April hingga 14 Mei dengan kerjasama SPP.

Beliau berkata, inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun hadapan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.204379 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list