CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22653|Reply: 0

[Kedah] 'King cobra' dalam reban ayam

[Copy link]
Post time 15-2-2026 12:24 PM | Show all posts |Read mode
'King cobra' dalam reban ayam

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





KING Cobra yang berjaya ditangkap anggota APM Pendang di atas reban ayam di Kampung Kebun 4, Mukim Relong Sungai Tiang. FOTO ihsan APM




Pendang: Bunyi bising di kawasan reban ayam berhampiran rumah penduduk di Kampung Kebun 4 Relong, Sungai Tiang, di sini, petang semalam membongkar kehadiran seekor ular tedung selar (king cobra) sepanjang hampir tiga meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan khidmat khas menangkap ular pada jam 5.14 petang, semalam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, didapati ular tedung selar itu ditemui di atas reban ayam berkenaan.

"Anggota kami bertindak menggunakan peralatan khas untuk menangkap reptilia berkenaan dengan kaedah yang selamat dan terkawal.

"Cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan ular seberat lima kilogram (kg) itu agresif dan mencari perlindungan terutama di rumah kediaman penduduk serta reban haiwan peliharaan untuk mendapatkan sumber makanan, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yuslina berkata, operasi berjaya diselesaikan pada jam 6.35 petang semalam tanpa membabitkan sebarang kecederaan pada anggota mahu pun orang awam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan di sekitar kawasan perumahan yang berpotensi mengundang haiwan berbisa seperti ular, lipan dan lain-lain.

"Untuk tempoh Januari dan pertengahan bulan ini di tahun 2026, kejadian tangkapan ular tedung selar di daerah ini merekodkan sebanyak tiga kes setakat ini, sekali gus menunjukkan kepentingan orang ramai untuk lebih peka terhadap aspek kebersihan persekitaran di kawasan rumah.

"Orang ramai boleh menghubungi pihak APM Daerah Pendang atau MERS 999 sekiranya berdepan situasi kecemasan yang membabitkan haiwan berbisa, " katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 10:01am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323035/king-cobra-dalam-reban-ayam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 12:01 PM GMT+8 , Processed in 1.013841 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list