CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21115|Reply: 0

[Sarawak] Simbol kedaulatan Sarawak dikibar megah di Dataran Ibu Pertiwi

[Copy link]
Post time 15-2-2026 10:43 AM | Show all posts |Read mode


RAKAMAN gambar kenangan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching.

PETRA JAYA: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi setiap bulan bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta kepada negeri.

Upacara tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Bendera Negeri Sarawak melambangkan tanah air, identiti, kedaulatan serta perpaduan rakyat dengan warna merah untuk keberanian, hitam bagi kekayaan sumber asli, dan kuning sebagai keharmonian.





UPACARA Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching.


Pada 1 Januari 2025, tiang Bendera Ibu Pertiwi setinggi 99.4 meter telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai tiang bendera tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

DBKU menegaskan komitmennya untuk meneruskan upacara ini secara konsisten bagi memupuk jati diri rakyat dan menghormati simbol kedaulatan negeri.



TETAMU kehormat yang turut hadir pada Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching.


Hadir sama, Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, serta tetamu kehormat yang lain.


Sumber : Utusan Sarawak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 3.337748 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list