CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28919|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tindakan pantas bomba selamatkan lelaki terperangkap kebakaran

[Copy link]
Post time 15-2-2026 03:23 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan pantas bomba selamatkan lelaki terperangkap kebakaran

BERNAMA




GAMBAR hiasan.



Bukit Mertajam: Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Damai, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 50-an berjaya dibawa keluar dengan selamat oleh anggota bertugas.

Beliau berkata sebelum itu, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam serta Sungai Bakap ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.38 pagi.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah teres kelas A dengan kemusnahan kira-kira 40 peratus.

"Api dapat dikawal dalam tempoh 10 minit dan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam rumah.

"Anggota mengambil tindakan memotong kunci pintu jeriji menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 10.11 pagi dan kerja-kerja pemeriksaan rapi selesai dijalankan sebelum lokasi diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Februari 14, 2026 @ 8:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322910/tindakan-pantas-bomba-selamatkan-lelaki-terperangkap-kebakaran




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 12:01 PM GMT+8 , Processed in 1.029556 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list