CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18167|Reply: 16

[Tempatan] Anwar perangi, tapi rasuah makin menjadi-jadi

[Copy link]
Post time 13-2-2026 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-2-2026 02:36 AM


Anwar perangi, tapi rasuah makin menjadi-jadi
February 13, 2026




KUALA LUMPUR: Malaysia tidak memerlukan slogan baharu, sebaliknya memerlukan konsistensi dan keberanian politik dalam memerangi rasuah, tegas Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata beliau, sekiranya kerajaan benar-benar serius membanteras rasuah, setiap dakwaan mesti disiasat tanpa pilih kasih dan tuduhan dijawab secara terbuka.

Peringat beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, setiap institusi penguatkuasaan juga perlu dipelihara kebebasannya daripada pengaruh politik.

“Parlimen juga wajar diberi peranan lebih besar dalam menyemak dan mengimbangi kuasa institusi penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang itu juga berkata, rakyat kini semakin matang dan tidak lagi menilai berdasarkan slogan, sebaliknya berdasarkan tindakan.

“Jika persoalan ini terus tidak dijawab, sejarah akan menilai bahawa retorik anti-rasuah hanya menjadi perisai politik untuk menutup kelemahan pentadbiran. Integriti bukan slogan untuk diucapkan. Ia adalah ujian pelaksanaan dan keberanian kepimpinan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 yang dikeluarkan oleh Transparency International.

Terdahulu, Transparency International dilaporkan menyatakan Malaysia mencatat peningkatan ke tangga ke-54 dalam CPI berbanding kedudukan ke-57 pada tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyifatkan peningkatan itu sebagai perkembangan positif dan wajar dihargai, selain mencerminkan harapan rakyat untuk hidup dalam negara bebas serta bersih daripada rasuah.

“Secara fitrah, manusia menolak rasuah kerana ia merosakkan keadilan dan menghakis kepercayaan dalam masyarakat. Dalam Islam, rasuah diharamkan secara tegas kerana ia mengkhianati amanah serta mencemarkan sistem keadilan.

“Justeru, usaha memerangi rasuah bukan sekadar agenda politik, tetapi tanggungjawab moral dan tuntutan agama,” katanya turut menegaskan keyakinan rakyat boleh terhakis apabila isu demi isu timbul tanpa penjelasan tuntas walaupun kedudukan CPI meningkat.

Menurutnya, rakyat melihat seolah-olah tindakan tegas lebih tertumpu kepada pihak tertentu, khususnya lawan politik, manakala kes membabitkan individu dalam lingkaran kuasa tidak menunjukkan perkembangan jelas.

“Maka timbul persoalan besar, adakah laungan memburu perasuah dan menghukum tanpa mengira darjat benar-benar dilaksanakan secara konsisten atau sekadar retorik politik untuk mengekalkan imej reformis?

“Dalam Islam, keadilan bukan sekadar menghukum musuh, tetapi berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri dan kelompok sendiri.

“Allah SWT mengingatkan agar keadilan ditegakkan walaupun terhadap orang yang dibenci. Prinsip inilah yang membezakan antara retorik dan kepimpinan sebenar,” tegasnya.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri dilihat cuba meyakinkan rakyat bahawa peningkatan CPI ini membuktikan kejayaan pentadbiran beliau.

Tuan Ibrahim juga menyatakan, sejak awal pemerintahan Perdana Menteri, beliau melaungkan komitmen untuk ‘menangkap perasuah tanpa mengira darjat’.

“Kenyataan ini memberi gambaran bahawa satu era baharu penguatkuasaan yang tegas dan konsisten sedang bermula. Rakyat menyambut baik komitmen tersebut dan menaruh harapan tinggi terhadap pelaksanaannya.

“Namun, seperti pepatah Melayu, ‘kusangka hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengah hari’. Beberapa perkembangan kebelakangan ini menimbulkan persoalan sama ada laungan tersebut benar-benar selari dengan realiti di lapangan,” dedahnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chepa, Pahang turut merujuk beberapa isu yang menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.

“Antaranya, isu membabitkan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang pernah dikaitkan seperti dilaporkan dengan dakwaan berkaitan lesen penerokaan mineral seluas 70,000 hektar di Sabah,” ujarnya.

Tambah beliau, kes itu dilihat seolah-olah berakhir tanpa penjelasan menyeluruh dan meyakinkan kepada umum, sekali gus mengundang persepsi bahawa ketelusan tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Selain itu, katanya lagi, keyakinan rakyat sekali lagi tercabar apabila seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, dituduh memberikan suapan berbentuk wang tunai, kelengkapan perabot dan barangan elektrik berjumlah RM176,829.03 kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

“Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, rakyat mula mempersoalkan sejauh mana prinsip ‘tanpa mengira darjat’ benar-benar ditegakkan,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki, berkaitan isu pemilikan saham yang menurutnya belum menerima penjelasan komprehensif.

“Dalam isu yang menyentuh integriti ketua agensi penguatkuasaan tertinggi negara, ketelusan adalah kewajipan, bukan pilihan,” katanya.

Tuan Ibrahim turut menyentuh isu MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sedang disiasat SPRM kerana didakwa mempunyai ketidakaturan dalam pembiayaan dan pelaksanaan membabitkan projek bernilai sekitar RM150 juta.

Beliau berkata, rakyat berhak mengetahui bagaimana wang awam dibelanjakan, sama ada kajian keperluan dibuat serta mekanisme pemantauan keberhasilan termasuk penetapan pengukur prestasi utama (KPI) dilaksanakan secara menyeluruh.

“Laporan ekstensif Bloomberg bertajuk ‘Everyone Gets A Cut, And Migrant Workers Pay The Price’ pula membangkitkan isu berkaitan Bestinet, sistem pengambilan pekerja asing Bangladesh yang diteruskan pada 2024 walaupun menerima pelbagai kritikan,” katanya.

Beliau mendedahkan bahawa laporan itu menyorot dakwaan ketirisan serta beban kos tinggi yang ditanggung pekerja migran dan sekiranya benar berlaku penyelewengan, tindakan tegas perlu diambil kerana ia melibatkan imej negara dan prinsip keadilan kemanusiaan.

Beliau juga merujuk dakwaan penyelewengan dalam IJM Corporation Berhad yang mempunyai kepentingan awam dan peranan dalam pemilikan ekuiti ekonomi Bumiputera.

Tidak ketinggalan Tuan Ibrahim turut merujuk laporan antarabangsa yang mendakwa SPRM digunakan untuk tujuan intimidasi serta pengambilalihan perniagaan.

“Walaupun siasatan masih berjalan, persepsi konflik kepentingan yang tidak ditangani secara telus boleh menjejaskan reputasi negara.
“Lebih membimbangkan, laporan antarabangsa yang mendakwa SPRM digunakan untuk tujuan intimidasi dan pengambilalihan perniagaan merupakan tuduhan yang amat serius.

“Perdana Menteri tidak boleh berdiam diri dalam isu sebegini. Penjelasan terbuka amat diperlukan demi menjaga kepercayaan rakyat serta keyakinan pelabur,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/2/2026


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakau cakau cakau
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 08:12 PM | Show all posts
yg kena tangkap musuh dia je
tungulah leps PRU nanti
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 08:28 PM | Show all posts
Edited by silance at 13-2-2026 08:42 PM

Nanti kalu mereka jadi govt tentu dapat selesaikan semua kes rasuah, pengkhianatan, jaga subsidi tak bocor pada warga asing, settle isu binaan haram, tangkap pati, isu sempadan tanah negara, perjanjian dengan atuk teram dan lain-lain dengan bergaya bagaikan hero iklan bensen and heges dulu-dulu. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 08:48 PM | Show all posts
resuah adalah legasi Umngok

zaman sblm PMX

resuah menjadi-jadi

tapi yg bilis jer kena

la ni

yg jerung pon kena

mereka yg buat resuah n sakau sblm zaman PMX tak kena tangkap sebelum zaman PMX

zaman PMX baru kena tangkap  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 09:01 PM | Show all posts
dalam hati pensokong berbisik "aisehmennn AISEHMEENNNN" berkali kali seraya melihat postingan rafizi ini
https://www.facebook.com/photo?f ... t=a.409710297191005




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2026 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 13-2-2026 08:48 PM
resuah adalah legasi Umngok

zaman sblm PMX

"saiya tada kina la abang"-No 2
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 09:49 PM | Show all posts
pembangkang n umngok dah tak der modal lain nak attack PMX

coba ler carik isu besaq mcm imdb ke

baru lah bole tumbangkan PMX
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 10:06 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 13-2-2026 02:49 PM
pembangkang n umngok dah tak der modal lain nak attack PMX

coba ler carik isu besaq mcm imdb ke




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai pandai ckp jer, buat kerja tak reti, kalau lobai memerintah, tah apa nk jadi kena kelentong dek org manjang, arun kanda goreng pun puas hati puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tikus membaiki labu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dikatakan rasuah semakin menjadi2 tu since when, minggu lepas ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
1 USD = RM 3.90

Kenapa tak puji kerajaan?

https://www.bing.com/search?q=1+usd+to+myr

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:05 PM | Show all posts
kalo Bijan maseh PM

x banyak kes resuah muncul

sebab semua sapu bawah karpet

budaya resuah ni legasi Umngok
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:05 PM | Show all posts
btw...

Azam SPRM dilantik sejak zaman Abahcow PM
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas senyap je pasal kuil tak sah taraf. Biar je pmx pening kepala.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-2-2026 05:21 PM
1 USD = RM 3.90

Kenapa tak puji kerajaan?

Tq gomen


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 1.036339 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list