CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20846|Reply: 0

[Perlis] JPJ Perlis sita kenderaan mewah RM1 juta

[Copy link]
Post time 13-2-2026 04:20 AM | Show all posts |Read mode
JPJ Perlis sita kenderaan mewah RM1 juta

Aizat Sharif[email protected]





ANTARA kenderaan mewah yang ditahan JPJ Perlis dalam Ops Luxury apabila didapati dipandu dengan lesen LKM yang sudah tamat tempoh di Arau. FOTO Ihsan JPJ




Arau: Lima kenderaan mewah bernilai hampir RM1 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis kerana didapati gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd Nawi berkata, tindakan sitaan itu diambil menerusi operasi khas 'Ops Luxury' selepas pemeriksaan mendapati semua kenderaan itu melakukan kesalahan iaitu LKM tamat tempoh.

"Sekali gus melanggar peruntukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan," katanya tadi.

Menurutnya, jumlah tunggakan bayaran LKM bagi lima kenderaan berkenaan dianggarkan mencecah RM10,000.

"Nilai semasa keseluruhan kenderaan yang disita dianggarkan RM941,000 dengan setiap satu daripadanya bernilai dianggarkan kira-kira RM485,000," katanya tadi.

Menurutnya, pihaknya menegaskan tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

"Kegagalan memperbaharui cukai jalan serta insurans bukan sahaja satu kesalahan serius, malah boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.

"Sehubungan itu, semua pemilik kenderaan termasuk pemilik kenderaan mewah diingatkan supaya memastikan dokumen berkaitan sentiasa diperbaharui sebelum tamat tempoh bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan," katanya.

Noraini menyarankan orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan kesalahan trafik boleh menyalurkannya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA), aplikasi MyJPJ, e-mel [email protected] atau talian 04-976 0097 dengan menyertakan butiran lengkap.



Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 1:34pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321953/jpj-perlis-sita-kenderaan-mewah-rm1-juta




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.529851 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list