CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20880|Reply: 0

[Kedah] 5 empangan pada paras kritikal, amaran akibat cuaca panas

[Copy link]
Post time 13-2-2026 04:15 AM | Show all posts |Read mode
5 empangan pada paras kritikal, amaran akibat cuaca panas

Muhamaad Razis Ismail[email protected]





GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP




Kuala Lumpur: Cuaca kering yang melanda beberapa kawasan di negara ini menyebabkan beberapa empangan di negara ini merekodkan penurunan paras simpanan air.

Maklumat di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan lima empangan bagi tujuan pertanian, bekalan air dan tebatan banjir berada pada paras kritikal serta amaran hari ini.

Empangan Bukit Merah di Perak menjadi satu-satunya empangan yang berada pada paras kritikal apabila mencatatkan bacaan harian 18.90 peratus simpanan air iaitu paras semasa 6.25 meter.

Sementara itu, Empangan Ahning dan Empangan Muda di Kedah berada pada paras amaran apabila masing-masing merekodkan 59.01 peratus dan 30.39 peratus simpanan air.

Di Johor, dua empangan iaitu Empangan Gunung Pulai 2 dan Empangan Upper Layang turut berada pada paras amaran apabila masing-masing mencatatkan 48.09 peratus dan 43.18 peratus simpanan air setakat hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendedahkan keadaan cuaca panas dan kurang hujan yang sedang melanda negara ketika ini merupakan fenomena klimatologi lazim yang berlaku pada penghujung Monsun Timur Laut (MTL).

Keadaan itu kebiasaannya berlaku sekitar penghujung Januari hingga pertengahan Mac setiap tahun dan lebih ketara di negeri-negeri utara serta timur Semenanjung.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata, bagi musim MTL kali ini, keadaan panas dan kering bermula lebih awal iaitu sejak penghujung Disember 2025.

Menurutnya, berdasarkan analisis klimatologi dan rekod pencerapan MetMalaysia, keadaan panas serta kurang hujan itu dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.



Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 5:31pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322114/5-empangan-pada-paras-kritikal-amaran-akibat-cuaca-panas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.084499 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list