CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22034|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak catat 21,747 kes kemalangan jalan raya pada 2025

[Copy link]
Post time 10-2-2026 01:39 PM | Show all posts |Read mode



Lee (kiri) merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baharu Cina 2026 di Sibu, hari ini.

SIBU: Sarawak merekodkan sebanyak 21,747 kes kemalangan jalan raya sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah itu melibatkan 418 kematian, 189 kes cedera parah dan 3,300 kes cedera ringan.
Katanya, angka berkenaan jelas menunjukkan bahawa aspek keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama semua penggunadan tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata.
“Keselamatan di jalan raya bermula dengan sikap dan disiplin setiap pengguna. Penguatkuasaan penting namun kesedaran kendiri adalah kunci utama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2026 di sini, hari ini.




Lee menyantuni pengguna jalan raya dalam program kesedaran keselamatan sempena musim perayaan di Sibu.

Lee berkata, setiap kemalangan jalan raya membawa implikasi besar khususnya apabila melibatkan kehilangan nyawa, sekali gus memberi kesan mendalam kepada keluarga dan masyarakat.
“Setiap satu angka kemalangan mewakili tragedi sebenar.
“Justeru, kita tidak boleh memandang ringan soal keselamatan walaupun untuk perjalanan yang singkat,” ujarnya.
Beliau berkata, jumlah kenderaan lazimnya meningkat dengan ketara menjelang musim perayaan susulan pergerakan pulang ke kampung dan perjalanan jarak jauh.
“Peningkatan aliran trafik tanpa tahap kewaspadaan yang tinggi hanya akan meningkatkan risiko kemalangan,” tegas beliau.




Lee menyampaikan pek keselamatan kepada pengguna jalan raya sempena Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026 di Sibu.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan sepanjang musim perayaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan melaksanakan Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026 selama 14 hari bermula 9 hingga 22 Februari 2026.
Menurutnya, operasi itu bertujuan memastikan keadaan jalan raya kekal selamat dalam tempoh peningkatan ketara pergerakan trafik di seluruh negeri.
Sebagai langkah awal, pemeriksaan teknikal akan dijalankan ke atas bas ekspres di depot utama di Kuching, Sibu dan Miri bagi memastikan kenderaan pengangkutan awam berada dalam keadaan selamat.
Lee berkata, pemeriksaan tersebut penting bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan penumpang.
Operasi berkenaan turut dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memperkukuh penguatkuasaan serta mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya yang melakukan perjalanan jarak jauh supaya melakukan pemeriksaan kenderaan lebih awal serta berehat selepas dua hingga tiga jam pemanduan.
“Pematuhan peraturan lalu lintas dan amalan pemanduan berhemah perlu dijadikan budaya agar sambutan Tahun Baharu Cina dapat diraikan dalam suasana yang selamat, terkawal dan bebas insiden,” katanya.





Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.758391 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list