CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30952|Reply: 0

[Johor] Bomba guna helikopter kawal kebakaran tanah gambut di Muar

[Copy link]
Post time 6-2-2026 10:03 PM | Show all posts |Read mode


Muar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini mula menggunakan teknik pengeboman air menerusi helikopter bagi mengawal kebakaran kawasan tanah gambut di Batu 13 dan 14, Bakri di sini.

Ketua Zon 4 JBPM Johor Norshuhada Amsari berkata operasi pengeboman air pada hari ketujuh kebakaran di kawasan itu bermula kira-kira 9 pagi, yang memfokuskan Sektor D, iaitu kawasan kebakaran terbesar dengan keluasan dianggarkan 88 hektar.

Beliau berkata sehingga tengah hari, helikopter Unit Udara JBPM telah melaksanakan kira-kira 15 kali pemadaman dengan jumlah penggunaan air dianggarkan 12,000 liter menggunakan sumber air berhampiran, dengan setiap penerbangan membawa kira-kira 800 liter air.

"Operasi disambung semula pada 3.30 petang selepas dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada juruterbang dan anggota terlibat menunaikan solat Jumaat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Norshuhada berkata helikopter jenis Agusta AW139 (9M-BOD) dijangka meneruskan operasi pemadaman selama dua hari sehingga esok, bergantung kepada keperluan dan keadaan kebakaran.

Beliau berkata operasi pemadaman keseluruhan hari ini melibatkan empat sektor kebakaran dengan kekuatan lapan anggota Unit Udara JBPM termasuk juruterbang manakala Zon 4 JBPM Johor menggerakkan sebanyak 73 anggota dan pegawai.

"Kebakaran melibatkan empat sektor, iaitu Sektor A seluas 10 hektar, Sektor B (empat hektar), Sektor C (lapan hektar) dan Sektor D yang dianggarkan 88 hektar. Kami agak terkejut dengan keluasan kebakaran di Sektor D selepas penilaian terperinci dilakukan oleh Unit Udara," katanya.

Beliau berkata sebelum ini operasi pemadaman di Sektor B dan C terpaksa menggunakan sumber air daripada telaga tiub berikutan kekurangan bekalan air serta tekanan yang rendah di kawasan terbabit.

Sehingga 1 tengah hari ini, kebakaran di Sektor A berjaya dipadamkan sebanyak 96 peratus manakala Sektor B dan C masing-masing mencatatkan pemadaman sepenuhnya.

Beliau bagaimanapun berkata hanya kira-kira sembilan peratus kebakaran di Sektor D berjaya dikawal setakat ini.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.296596 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list