Tangkap layar memaparkan seorang wanita bersama dua individu lain membawa seekor alpaka dan anjing peliharaan mereka ketika bersiar di kawasan awam.
‘Yang penting siap pakai lampin ya’
- Oleh ALIA NATASHA CHAHIDAN
- 31 Januari 2026, 3:11 pm
PETALING JAYA – Kehadiran seekor alpaka yang dibawa berjalan-jalan di sekitar Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Izzuddinggg, kelihatan dua individu membawa dua ekor anjing peliharaan mereka bersama seorang lagi wanita yang berjalan sambil memimpin seekor alpaka di kawasan awam berkenaan.
“Memang binatang ni biasa ke dekat tepi jalan macam ni?,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut terhibur dan terkejut dengan situasi berkenaan.
“Sampai sekarang aku nak tahu tuan dia bawa dia naik apa?
Tidak mungkin jalan kaki dari rumah.
Tetapi aku nampak tuan dia letak dia dalam kereta, tetapi macam mana alpaka nak masuk,” komen Rabiatul.
“Teringin juga nak bawa gajah aku jalan-jalan begini,” seloroh Aara.
“Yang penting siap pakai kain lampin lagi ya. Bagus tuan dia,” komen Elysya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2026/01/31/video-yang-penting-siap-pakai-lampin-ya/
|