CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41117|Reply: 1

[Kedah] Kes anak Rafizi: Keputusan NFA bergantung siasatan polis – Saifuddin

[Copy link]
Post time 31-1-2026 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Kes anak Rafizi: Keputusan NFA bergantung siasatan polis – Saifuddin

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
31 Januari 2026 06:17pm





Saifuddin Nasution. Foto Bernama




KULIM - Keputusan sama ada siasatan kes serangan terhadap anak Datuk Seri Rafizi Ramli diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) bergantung sepenuhnya kepada perkembangan siasatan dan petunjuk baharu yang ditemui polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tugas hakiki Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah menjalankan siasatan secara profesional.


Menurutnya siasatan dilakukan secara berterusan berdasarkan laporan yang diterima tanpa sebarang campur tangan pihak luar.

“Apabila berlaku sesuatu insiden dan laporan dibuat, tugas polis adalah menjalankan siasatan.

Siasatan itu akan dilakukan sepanjang masa dan perkembangannya bergantung kepada petunjuk baharu yang ditemui.


“Sama ada kes itu diklasifikasikan sebagai NFA atau sebaliknya, saya serahkan kepada profesionalisme pasukan polis,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas ditemui selepas majlis penyerahan bantuan wang ihsan fasa 2 di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park di sini.

Menurut Saifuddin Nasution, pihaknya tidak bercadang mengeluarkan sebarang arahan bersifat konklusif terhadap status siasatan kes berkenaan kerana ia boleh dianggap sebagai campur tangan sekiranya polis menemukan petunjuk baharu pada masa hadapan.


Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa anak kepada bekas Menteri Ekonomi itu dan memaklumkan beliau telah menghubungi Rafizi bagi bertanya khabar selepas kejadian berlaku.

Pada Jumaat, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dilaporkan bersedia mengusulkan kepada kerajaan dan pihak berkuasa supaya siasatan kes serangan terhadap anaknya dihentikan sekiranya tiada perkembangan selepas memasuki bulan keenam.

Beliau berkata, satu surat akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Dalam Negeri serta PDRM bagi memohon supaya siasatan dihentikan sekiranya tiada kemajuan dalam tempoh terdekat.

Rafizi turut menyatakan kesediaannya menerima sekiranya kes itu berakhir tanpa sebarang tindakan lanjut, memandangkan beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.


Terdahulu, pada 13 Ogos lalu, Rafizi mendedahkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira jam 2 petang.

Polis mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut namun kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

https://www.sinarharian.com.my/article/766297/berita/nasional/kes-anak-rafizi-keputusan-nfa-bergantung-siasatan-polis-saifuddin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 06:53 PM | Show all posts

Saifuddin Nasution (tengah) bersama penerima bantuan wang ihsan fasa 2 di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park pada Sabtu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.477574 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list