CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37795|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Afghanistan bedal Malaysia 7-0

[Copy link]
Post time 30-1-2026 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Afghanistan bedal Malaysia 7-0

]BERNAMA







PEMAIN futsal negara diasak pemain Afghanistan. FOTO AFC



Kuala Lumpur: Skuad futsal negara tewas 0-7 kepada Afghanistan pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia Futsal 2026 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, hari ini.

Afghanistan mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi jaringan Seyed Hossein Mousavi, Farzad Mahmoodi, Sayed Mojtaba Husseini dan Mohammad Moradi.

Babak kedua menyaksikan Reza Hossein Poor, Javed Safari dan Omid Qanbari menutup kemenangan besar pasukan lawan.

Kekalahan itu mengekalkan Malaysia di tangga tercorot tanpa mata, manakala Afghanistan kini mendahului kumpulan dengan enam mata, diikuti Iran yang turut mengumpul enam mata namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Skuad negara bimbingan Addie Azwan Zainal sebelum ini tewas 1-4 kepada Iran dan akan menamatkan saingan kumpulan menentang Arab Saudi, Ahad ini.

Untuk rekod, skuad futsal Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke dua edisi Piala Asia Futsal sebelum ini, iaitu di Kuwait pada 2022 dan Thailand pada 2024.

Dalam 12 penampilan sejak 1999, Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan dan masih belum pernah mara ke suku akhir.



Disiarkan pada: Januari 30, 2026 @ 9:31pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2026/01/1317293/afghanistan-bedal-malaysia-7-0





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2026 11:59 AM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.044705 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list