CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24886|Reply: 0

[Kedah] Dua rumah, sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 28-1-2026 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Dua rumah, sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
28 Januari 2026 10:33pm




Peratusan kebakaran dianggarkan sekitar 70 peratus dan operasi pemadaman masih dijalankan bagi mengelakkan api daripada merebak ke premis berhampiran.





KUALA KEDAH - Dua buah rumah dan sebuah kedai runcit musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Kilang Baja, Kampung Masjid Lama di sini pada malam Rabu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 malam.


Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja bergegas ke lokasi kejadian dan dibantu oleh BBP Alor Setar.


“Turut membantu operasi pemadaman ialah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya, Kuala Kedah, Jalan Kundur, Kilang Tebu dan Alor Mengkudu,” katanya pada Rabu.


Beliau berkata, Komander Operasi melaporkan setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan tiga premis, iaitu dua rumah dan sebuah kedai runcit.


Jelasnya, setakat ini, peratusan kebakaran dianggarkan sekitar 70 peratus dan operasi pemadaman masih dijalankan bagi mengelakkan api daripada merebak ke premis berhampiran.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/765947/berita/semasa/dua-rumah-sebuah-kedai-runcit-musnah-dalam-kebakaran



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.735092 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list