CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11547|Reply: 0

[Sabah] Banyak negara turunkan nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah kepada tahap dua

[Copy link]
Post time 28-1-2026 01:19 PM | Show all posts |Read mode


Mohamad ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Banyak negara yang sebelum ini mengeluarkan nasihat perjalanan tahap tiga ke kawasan pantai timur Sabah telah menurunkan pengkelasan kepada tahap dua, menurut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata perkembangan positif itu mencerminkan pemulihan keyakinan negara luar terhadap tahap keselamatan di kawasan berkenaan, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kes penculikan untuk wang tebusan.

“Sebelum ini, kira-kira 25 negara mengeluarkan nasihat perjalanan tahap tiga, yang membawa maksud menasihatkan rakyat mereka supaya tidak berkunjung ke Sabah, susulan kes penculikan dan wang tebusan.

“Namun hasil usaha kerajaan menerusi kawalan keselamatan oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia serta Kementerian Pertahanan, tiada lagi insiden penculikan bagi tujuan mendapatkan wang tebusan dilaporkan sejak empat hingga lima tahun kebelakangan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad menjawab soalan Datuk Verdon Bahanda (Bebas-Kudat) mengenai usaha kerajaan untuk menurunkan status nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah oleh negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan bagi meningkatkan produktiviti serta ketibaan pelancong ke negeri itu.

Beliau berkata perkembangan itu turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan di kawasan berkenaan, dengan peningkatan kemasukan pelancong asing sehingga 18.9 peratus, khususnya dari Jepun dan Korea Selatan.

Menjawab soalan tambahan Verdon mengenai usaha untuk menamatkan sepenuhnya nasihat perjalanan berkenaan, Mohamad berkata kerajaan melalui Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa berusaha meningkatkan keyakinan negara terlibat terhadap tahap keselamatan di pantai timur Sabah.

“Apa sahaja peluang perbincangan dalam hubungan dua hala atau pelbagai hala, kita bentangkan kepada mereka bahawa keadaan di timur Sabah kini jauh lebih selamat dan tidak lagi seperti dahulu yang sering dikaitkan dengan ancaman lanun.

“Kita juga mengambil inisiatif membawa perwakilan asing yang berpangkalan di Kuala Lumpur, khususnya dari negara yang mengeluarkan nasihat perjalanan, supaya mereka dapat melihat sendiri bahawa keadaan keselamatan di kawasan tersebut telah bertambah baik,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:00 AM GMT+8 , Processed in 1.042242 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list