CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11895|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Remaja lelaki rogol gadis bawah umur dihantar ke Sekolah Henry Gurney

[Copy link]
Post time 28-1-2026 12:58 PM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Puncak Borneo selama tiga tahun kerana merogol gadis berusia 14 tahun sehingga mengandung.
Majistret Ling Hui Chuan mengarahkan ibu bapa atau penjaga tertuduh untuk melawat anak mereka yang berusia 15 tahun itu sebulan sekali sepanjang berada di sekolah tersebut.
Hari ini merupakan sebutan semula kes untuk mendengar laporan akhlak tertuduh.
Tertuduh terdahulunya mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu sekitar waktu malam pada Februari 2025 di sebuah rumah di Jalan Stampin Baru di sini.
Fakta kes mendedahkan tertuduh dan mangsa merupakan pasangan kekasih, dengan kedua-duanya melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka di rumah tersebut, malah tertuduh dilaporkan telah tinggal di rumah mangsa sejak Februari 2025.
Keluarga mangsa juga pernah meminta tertuduh untuk keluar dari rumah mereka, namun tertuduh enggan susulan menghadapi masalah keluarga.
Tertuduh bagaimanapun dilaporkan berpindah keluar dari rumah mangsa sekitar awal Ogos 2025.
Pada Ogos 2025 juga, mangsa dilaporkan mengandung dan tertuduh enggan bertanggungjawab, bahkan tertuduh memaksa mangsa untuk mengugurkan kandungan.
Mangsa seterusnya menceritakan kejadian tersebut kepada ibu saudaranya, yang kemudiannya membawa mangsa ke klinik berdekatan sebelum disahkan oleh doktor bahawa dia mengandung enam bulan pada ketika itu.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan ini membawa kepada penangkapan tertuduh.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkui987bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 1775 Replies : 1
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 1113 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1516 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1515 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202371 Replies : 4038
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1923 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 2020 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069683 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list