CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9318|Reply: 0

[Sabah] Pelajar Sabah di Timur Tengah diharap dapat berbakti kepada Sabah

[Copy link]
Post time 28-1-2026 11:54 AM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Tun Musa bersama Toh Puan Faridah merakamkan gambar kenangan bersama pelajar di pelajar di Mesir selepas Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah dekat sini.

KAHERAH: Pelajar Sabah di Timur Tengah diharap menjadi duta pendidikan dengan membawa pulang ibrah dan ilmu pengetahuan yang diperoleh untuk berbakti kepada Negeri di Bawah Bayu.  

Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman berkata pembangunan sebenar Sabah bukan hanya tertumpu kepada pembinaan bangunan besar sebaliknya menekankan pembangunan modal insan yang berteraskan pendidikan, nilai dan integriti.

“Pembangunan tanpa pencerahan akal budi adalah rapuh. Pendidikan mesti menjadi fokus utama bagi melahirkan generasi berilmu, bertamadun dan berintegriti,” katanya ketika berucap pada Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah di Mesir, Ahad.

Tun Musa yang diiringi Isteri, Toh Puan Faridah Tussin berkata kerajaan negeri sejak 1997 menyediakan kemudahan penginapan pelajar Sabah di Mesir melalui pembelian Wisma Yayasan Sabah di Kaherah ketika beliau berkhidmat sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Manakala sebuah lagi bangunan asrama dibeli di Iskandariah pada 2010 ketika beliau menjadi Ketua Menteri bagi menampung keperluan pelajar.

“Saya sangat mengambil berat mengenai kebajikan pelajar Sabah di luar negara kerana pada ketika itu mereka tidak mempunyai asrama penginapan yang khusus,” katanya.

Beliau turut menyeru pelajar Sabah memanfaatkan pengalaman menuntut ilmu di Mesir, menghayati sejarah tamadun Islam serta mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) bagi memelihara perpaduan Sabah sebagai negeri berbilang kaum dan agama.

“Seorang sarjana sejati bukan sekadar menghafal ilmu, tetapi mampu menterjemahkannya untuk kemaslahatan rakyat. Binalah jaringan kerjasama dengan rakan antarabangsa dan manfaatkan peluang di sini untuk mencapai kejayaan,” tegasnya.

Pada majlis sama, Tun Musa menyempurnakan penyampaian Sumbangan Tunai Mahasiswa Majlis Ugama Islam Sabah (MISBAH).

Turut berlangsung penyampaian sumbangan kewangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Badan Kebajikan Penuntut Sabah di Mesir (BKPSM), Sumbangan Aktiviti Persatuan Mahasiswa Sabah (SEMESTA) kepada Majlis Mahasiswa Sabah Jordan (MMSJ) dan BKPSM selain sumbangan Jabatan Ketua Menteri Sabah serta Kumpulan Yayasan Sabah bagi pembelian kelengkapan asrama di Kaherah.

Majlis yang dihadiri 350 pelajar itu turut disertai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih serta Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.817420 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list