CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26885|Reply: 2

[Kedah] Kawasan tapak pelupusan sisa pepejal di Padang Cina, Kulim terbakar

[Copy link]
Post time 27-1-2026 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-1-2026 10:16 PM

Kawasan tapak pelupusan sisa pepejal di Padang Cina, Kulim terbakar

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 27, 2026 @ 8:37pm




Asap tebal memenuhi tapak pelupusan sisa pepejal, Padang Cina, Kulim. - Foto NSTP/IHSAN JAS



ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesahkan menerima maklumat berkenaan kebakaran di tapak pelupusan sisa pepejal, Padang Cina, Kulim.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kebakaran adalah berlaku di kawasan sel 1 dan sel 2 di tapak pelupusan terbabit.

Beliau berkata, pemadaman dilakukan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hi-Tech dengan dibantu oleh oleh pasukan BBP Alor Setar dan Sungai Petani
.
"Agensi lain yang turut serta di lapangan adalah Majlis Perbandaran Kulim, SW Corp, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan di tapak pelupusan ini.

"JAS Kedah turut menjalankan pemantauan udara menggunakan dron dan memasang alat pengukuran gas bagi memantau tahap kualiti udara di sekitar tapak pelupusan dan impaknya ke kawasan sensitif terdekat seperti kawasan perumahan dan sekolah," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, buat masa ini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi stesen pengawasan kualiti udara terdekat di Stesen Kulim Hi-Tech mencatatkan bacaan 60 iaitu dalam kategori sederhana.

Beliau berkata, JAS Kedah juga menjalankan pemantauan menggunakan peralatan meter gas bagi mengesan sekiranya terdapat kehadiran gas-gas pencemar lain.

"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan menjauhi kawasan ini.

"Selain pemantauan kualiti udara, JAS Kedah akan meneruskan siasatan di bawah Seksyen 29A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1502241/kawasan-tapak-pelupusan-sisa-pepejal-di-padang-cina-kulim-terbakar





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2026 11:29 PM | Show all posts

Satu kebakaran membabitkan kawasan pelupusan sisa domestik seluas kira-kira 1.4 hektar terbakar di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Padang Cina di Kulim pada Selasa. FOTO: JAS

kredit - sh


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2026 11:30 PM | Show all posts

Seramai 27 anggota terlibat dalam operasi itu, termasuk 12 anggota BBP Kulim Hi-Tech dan 15 pekerja syarikat swasta dengan kekuatan beberapa jentera bomba, jengkaut serta lori muatan air.. FOTO: JAS

kredit -sh


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 02:27 AM GMT+8 , Processed in 1.187957 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list