CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 41029|Reply: 0

[Sarawak] Garis panduan pelaksanaan dasar Tahun Satu enam tahun harus dikeluar awal

[Copy link]
Post time 27-1-2026 12:23 PM | Show all posts |Read mode


CHIEW

BINTULU: Garis panduan mengenai pelaksanaan dasar Tahun Satu seawal enam tahun yang bakal dilaksanakan pada tahun depan harus dikeluarkan secepat mungkin bagi mengelakkan kegusaran serta tanda tanya dalam kalangan ibu bapa, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bintulu Tony Chiew Chan Yew.

Beliau menegaskan, sebelum melaksanakan pembaharuan besar seperti itu kerajaan mesti memastikan maklumat yang disampaikan adalah mencukupi dengan garis panduan jelas bagi mengelakkan kekeliruan serta kebimbangan ibu bapa terhadap pendidikan anak masing-masing.

"Penerangan serta komunikasi menyeluruh harus dilaksanakan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan para ibu bapa bagi memastikan persiapan awal dapat dilakukan kedua-dua belah pihak bagi memastikan pelaksanaan dasar baharu itu berjalan lancar," ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Apa yang penting katanya, dasar baharu itu harus dilakukan secara menyeluruh yang mana semua lapisan masyarakat harus diberikan masa mencukupi untuk menyesuaikan diri serta membuat persediaan awal bagi menghadapinya.

Sebelum ini katanya, standard pendidikan biasa di negara ini adalah murid pada usia tujuh tahun akan diterima masuk ke Tahun Satu manakala pada tahun depan pula, murid yang berumur enam tahun yang sepatutnya masih lagi belajar di tadika akan masuk ke Tahun Satu.

Chiew berkata demikian ketika mengulas mengenai isu berhubung pengumuman kerajaan untuk membenarkan kanak-kanak memasuki Tahun Satu secara rasmi pada usia enam tahun bermula tahun depan.

Dasar terbabit bagaimanapun katanya, masih mengekalkan kebebasan ibu bapa untuk membuat pilihan yang mana hala tuju baharu dalam dasar pendidikan ini telah menarik perhatian meluas orang ramai.

"Ramai ibu bapa dan pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan berharap agar kerajaan dapat mengeluarkan garis panduan pelaksanaan dasar baharu ini yang lebih terperinci serta langkah sokongan secepat mungkin supaya orang ramai dapat memahami dengan lebih jelas kandungan sebenar dasar baharu ini," katanya.

Beliau berkata, masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab dalam masyarakat mengenai dasar kemasukan ke sekolah pada usia enam tahun.

Apa yang menjadi persoalan pada masa sekarang dan menimbulkan kebimbangan ramai adalah sama ada silibus pendidikan sedia ada disesuaikan termasuk bagaimana pendidikan prasekolah akan diselaras dengan pendidikan sekolah rendah serta sama ada latihan guru mencukupi.

"Semua ini merupakan kebimbangan utama ibu bapa dan oleh yang demikian, orang ramai mengharapkan kerajaan dapat mengumumkan garis masa dan pelan pelaksanaan yang lebih jelas selepas pengumuman mengenai pelaksanaan dasar baharu itu," jelasnya.

Beliau percaya, perubahan dalam sistem pendidikan sebaik-baiknya harus dilaksanakan dengan perancangan jangka panjang yang menyeluruh serta mengambil kira dari pelbagai aspek dan kesannya dalam jangka masa pendek dan panjang.

Sehubungan itu, Chiew menggesa kerajaan menetapkan tempoh percubaan yang jelas apabila melaksanakan perubahan dasar pendidikan sebegini.

Sebagai contoh menurut beliau, dengan mewujudkan fasa perintis selama tujuh tahun bermula dari tarikh pelaksanaan bagi membolehkan semua pihak berkepentingan melihat hasil dan kesannya.

Pada masa sama beliau berkata, Sarawak sudah berdepan dengan cabaran tersendiri dari segi pendidikan termasuk jurang pendidikan bandar dan luar bandar serta pembangunan prasekolah.

"Oleh sebab itu, dalam melaksanakan dasar di peringkat nasional, kerajaan perlu mengambil kira keadaan setempat dan mengelakkan pendekatan 'satu acuan untuk semua' kerana tidak semua dasar standard bersedia dan sesuai untuk dilaksanakan di semua sekolah," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.999705 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list