CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19071|Reply: 0

[Johor] Pelaburan Ecoceres tempatkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api - Onn Hafiz

[Copy link]
Post time 26-1-2026 10:13 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Syarikat global dalam pengeluaran bahan api mampan dan rendah karbon, EcoCeres Renewable Fuels, yang membuat pelaburan di Tanjung Langsat di Pasir Gudang bakal meletakkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata syarikat itu ketika ini sudah memasuki fasa operasi dan memulakan penghantaran bahan api mampan ke pasaran antarabangsa.

"Kehadiran EcoCeres di Johor membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap keupayaan negeri ini sebagai hab industri hijau dan peralihan tenaga di Asia Tenggara," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Onn Hafiz berkata Johor akan terus meletakkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan serta hab teknologi dan industri bernilai tinggi di peringkat serantau.

Dalam pada itu, beliau berkata kehadiran syarikat yang turut terbabit dalam pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) itu memberi manfaat kepada lebih 300 peluang pekerjaan bergaji premium dan berkualiti tinggi dengan 185 daripadanya diisi oleh anak-anak Johor.

"Julat gaji premium sekitar RM3,000 hingga RM15,000 selari dengan tahap kepakaran, kemahiran teknikal serta teknologi operasi berintensif tinggi yang digunakan," katanya.

Beliau berkata selain peluang pekerjaan, EcoCeres turut menyalurkan sumbangan dan kerjasama strategik bagi pembangunan pendidikan Johor iaitu kepada Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Inisiatif itu, katanya bertujuan menyokong pembangunan kemahiran serta latihan berterusan bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang lebih berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

Sumber : berita harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.048786 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list