CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17748|Reply: 0

[Johor] JAS, Jabatan Perikanan siasat pencemaran Sungai Sayong

[Copy link]
Post time 26-1-2026 09:59 AM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI Jabatan Alam Sekitar Johor melakukan siasatan di Sungai Sayong yang didakwa tercemar. FOTO Facebook Hahasrin Hashim

Johor Bahru: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan Jabatan Perikanan sedang menyiasat insiden pencemaran air Sungai Sayong di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, di sini yang dilaporkan bertukar gelap kehitaman, pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti Hahasrin Hashim berkata, beliau telah menerima aduan daripada penduduk berhubung insiden itu dan segera meminta kedua-dua jabatan mengenal pasti punca pencemaran serta tahap kesannya terhadap alam sekitar dan sumber perikanan setempat.

"Isu pencemaran sungai bukan perkara kecil. Ia memberi kesan langsung kepada kehidupan penduduk, nelayan darat, ekosistem sungai dan kelestarian alam sekitar.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan sebarang bentuk pencemaran yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat," katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Beliau berkata, susulan aduan penduduk berhubungperubahan warna air sungai itu satu pemeriksaan telah dijalankan oleh JAS Johor pada 3.15 petang tadi.

"Pasukan JAS telah tiba di jeti Kampung Orang Asli Sayong Pinang dan mendapati air sungai memang berwarna gelap kehitaman. Wakil penduduk yang juga pengadu telah ditemui bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Menurut pengadu, kejadian disedari sekitar 10 pagi dan setakat pemeriksaan dibuat, tiada ikan mati dikesan sama ada di sungai mahupun di sangkar milik penduduk. Pengadu turut memaklumkan bahawa aliran air dipercayai dari arah Kilang Sawit Penggeli (KKS Penggeli).

"Ujian kualiti air menggunakan alat YSI turut dijalankan oleh pihak JAS di lokasi," katanya menerusi hantaran tersebut.

Hahasrin berkata, siasatan ke KKS Penggeli mendapati tiada pelepasan efluen berlaku, manakala air larian dari kawasan Empty Fruit Bunch (EFB) pula dialirkan ke telaga sebelum ke kolam fakultatif, dan tinjauan dron serta pemeriksaan parit tidak menemui limpahan atau kebocoran efluen.

Selain itu, beliau berkata, dapatan awal JAS tidak menemui sebarang bukti pencemaran daripada KKS Penggeli dan tiada petunjuk kilang itu menyumbang kepada pencemaran Sungai Sayong, namun siasatan lanjut akan diteruskan ke bahagian hulu sungai bagi mengenal pasti punca sebenar.

Hahasrin berkata, beliau akan terus memantau perkembangan bagi memastikan tindakan susulan diambil demi kebajikan penduduk serta kelestarian alam sekitar dan merakamkan penghargaan kepada penduduk yang cakna serta JAS Johor dan Jabatan Perikanan atas tindakan pantas.

Pada 31 Okt lepas, tiga kampung iaitu Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kampung Orang Asli Pasir Intan dan Kampung Orang Asli Kempas Menang dilapor terjejas akibat pencemaran sungai apabila kolam cucian pasir pecah di Ulu Sungai Johor berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang.

Susulan insiden itu, aktiviti nelayan di sepanjang Ulu Sungai Johor dilaporkan terjejas selain turut mengakibatkan gangguan bekalan air di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.796096 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list