CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25357|Reply: 0

[Johor] PELABURAN BROOKS AUTOMATION PACU JOHOR SEBAGAI DESTINASI INDUSTRI SEMIKONDUKTOR BERNILAI TINGGI

[Copy link]
Post time 25-1-2026 09:30 AM | Show all posts |Read mode

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian pembukaan fasiliti Brooks Automation. | Foto MDJ Nurina Aisyah

PasirGudang – Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai hab industri berteknologi tinggi apabila Brooks Automation, peneraju global dalam automasi semikonduktor dari Amerika Syarikat, merealisasikan pelaburan berjumlah RM245 juta menerusi pembukaan fasiliti baharu di Pasir Gudang.

Pelaburan berimpak tinggi ini turut menawarkan peluang pekerjaan bergaji kompetitif kepada warga tempatan melibatkan keseluruhan kira-kira 300 tenaga kerja selari dengan keperluan industri semikonduktor berteknologi maju.

Daripada jumlah tersebut, 83 jawatan berkemahiran tinggi ditawarkan gaji sehingga RM10,000 sebulan, dengan pemegang ijazah kejuruteraan menerima antara RM4,000 hingga RM4,500 sebulan diikuti pemegang diploma dan jawatan juruteknik pula sekitar RM3,000 hingga RM3,500 sebulan.

Tawaran gaji premium ini meletakkan Brooks Automation sebagai rakan strategik pelabur bernilai tinggi kepada Kerajaan Johor dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di negeri ini.

Selain itu, kehadiran Brooks Automation di Pasir Gudang turut membuka ruang penglibatan vendor tempatan dalam rantaian bekalan sekali gus memperkukuh ekosistem industri sokongan dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan.

Inisiatif ini selari dengan hala tuju Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti, memacu pemindahan teknologi dan membangunkan tenaga kerja mahir bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang negeri.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian pembukaan fasiliti Brooks Automation, hari ini. Turut hadir, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18374 Replies : 21
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14079 Replies : 19
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 1512 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16429 Replies : 136
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28584 Replies : 130
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 3739 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039938 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list