CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12948|Reply: 0

[Johor] Bawa anak terbabit dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF

[Copy link]
Post time 25-1-2026 08:42 AM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah (MCPF) Datuk Kamarudin Md Ali. FOTO BERNAMA

Kota Tinggi : Sikap ibu bapa yang terlalu memikirkan stigma masyarakat sehingga sanggup memilih untuk menyembunyikan anak yang terbabit dengan dadah.

Sekali gus menghalang usaha pemulihan yang dapat dilakukan lebih awal dan dikhuatiri memberikan kemudaratan kepada masa depan golongan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Kamarudin Md Ali berkata, masalah penagihan dadah tidak seharusnya disembunyikan kerana golongan terbabit memerlukan bimbingan dan sokongan untuk dipulihkan.

Beliau berkata, ibu bapa seharusnya mengambil tindakan proaktif dan pantas dengan membawa anak mereka yang terbabit dengan penagihan dadah kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mendapat bantuan dan pemulihan sewajarnya.

"Ibu bapa mesti tahu perubahan anak dari segi fizikal dan sebagainya, sama ada terbabit dengan penagihan atau tidak. Jangan malu, takut dengan stigma masyarakat anak terjebak penagihan," katanya ketika sesi temu bual di Bernama Mobile Studio tentang 'Jerat Halusinasi: Antara Penjara dan Jalan Pemulihan' di Felda Bukit Waha, di sini baru-baru ini.

Kamarudin turut menekankan kepentingan peranan semua pihak dalam memberikan sokongan dan kekuatan, menerusi pembabitan menyeluruh termasuk ketua kampung, penghulu, pemimpin masyarakat, institusi masjid, kaunselor, jiran serta ahli keluarga terdekat.

Beliau berkata, hal ini kerana usaha membantu golongan terbabit dengan penagihan dadah tidak seharusnya diletakkan kepada AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama seluruh komuniti.

"Sekarang ini, 70 peratus daripada penghuni penjara, banduan ada kaitan dengan dadah. Jadi, kalau berterusan perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah dadah di negara ini," katanya.

MCPF katanya, mempunyai cawangan di setiap daerah dan menyediakan khidmat nasihat bagi membantu mereka yang terbabit dalam penagihan dadah mendapat rawatan dan pemulihan yang sewajarnya.

"Kita bukan terus buat laporan kepada polis, langkah itu ialah pendekatan yang terakhir, tetapi sebagai (individu terbabit) penagihan, kita akan usaha bantu supaya mereka dapat rawatan bersesuaian," katanya.

Beliau berkata, MCPF bersama-sama AADK juga sentiasa bekerjasama rapat bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menerusi pelbagai program termasuk Program FELDA: Desaku Mendunia 'Generasi Sihat Komuniti Hebat' yang dianjurkan secara bersama.

Program seumpama itu katanya, bertujuan memberikan kesedaran, terutama di kawasan luar bandar selain memupuk gaya hidup sihat dan komuniti yang prihatin terhadap isu penagihan dadah.

Sumber : harian metro



    [size=0.95]Disyorkan










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:27 AM GMT+8 , Processed in 1.638778 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list