CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 234|Reply: 2

[Sukan & Senibela Diri] Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik hampiri kejuaraan

[Copy link]
Post time 10-1-2026 10:42 PM | Show all posts |Read mode
REAKSI puas ditunjukkan Aaron (kanan) dan Wooi Yik ketika mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia. - SHIDDIEQIIN ZON





Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik hampiri kejuaraan



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 10 Januari 2026, 7:59 pm


Share on facebook





KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuatkan Axiata Arena, Bukit Jalil ‘bergegar’ selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi, bekas juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan straight set 23-21, 21-18 ke atas Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dari Indonesia.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Aaron-Wooi Yik berdepan detik cemas apabila diheret sehingga ke penentuan deuce di set pertama, namun mereka berjaya mengekalkan fokus sebelum menang 23-21.

Hasil sokongan kira-kira 10 ribu penonton yang hadir, pasangan No.2 dunia itu mengekalkan momentum di set kedua sebelum melengkapkan kemenangan 21-18 biarpun diberikan tentangan sengit Fajar-Fikri.

“Sudah semestinya kami gembira dapat melangkah masuk ke pentas final.

Selepas Malaysia Masters tahun lepas, ini adalah kali kedua kami berjaya ke perlawanan akhir di laman sendiri.

“Saya rasa peminat sudah menjalankan tugas yang sangat hebat bagi menyokong pasukan Malaysia.

Terima kasih kepada semua peminat yang datang hari ini dan teruskan menyokong kami esok,” kata Aaron ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

WOOI YIK (kiri) cuba membalas pukulan dilakukan pemain lawan pada perlawanan hari ini. – SHIDDIEQIIN ZON

Menjelang perlawanan akhir yang akan berlangsung esok, Aaron-Wooi Yik bakal membuat perhitungan menentang gandingan juara dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Won Ho-Seung Jae yang merupakan beregu No.1 dunia memastikan kemaraan ke pentas final selepas membenam cabaran pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy menerusi kemenangan tiga set 8-21, 21-11, 21-18.

Atas kertas, kedua-dua beregu memiliki peluang seimbang untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu apabila masing-masing memiliki satu kemenangan dalam dua pertemuan sebelum ini.

“Sudah lama tidak bertemu dengan mereka dan tahun lepas memang mereka berada di kemuncak.

Esok adalah perlawanan pertama untuk tahun ini , jadi (peluang) 50-50 tetapi kita ada sedikit kelebihan laman sendiri,” ujar Aaron.

Sebagai rekod, kali terakhir pemain Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia adalah menerusi legenda badminton tanah air, Datuk Seri Lee Chong Wei ketika muncul juara pada edisi 2018. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/terbuka-malaysia-aaron-wooi-yik-hampiri-kejuaraan/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2026 12:44 AM | Show all posts
Best game, dah mcm final.. Chaiyokkk Soh/Aaron
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2026 08:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062776 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list