CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 1

Tanpa Arif Aiman, bisa serangan JDT dilihat tumpul

[Copy link]
Post time 5-1-2026 03:44 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Ketiadaan tonggak utama, Arif Aiman Hanapi jelas memberi kesan besar terhadap jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila pasukan itu dilihat tidak lagi mampu membanjiri gol lawan seperti kebiasaan.

Perkara itu diakui sendiri jurulatih JDT, Xisco Munoz yang menyifatkan kehilangan Arif sebagai satu tamparan besar buat pasukannya, bukan sahaja dari sudut taktikal, malah emosi dan karakter di atas padang.

Menurut Xisco, Arif bukan sekadar pemain sayap biasa, sebaliknya nadi utama yang menggerakkan idea permainan JDT, selain memiliki keupayaan mencipta perbezaan dalam perlawanan besar.

"Mengenai Arif, saya sangat sedih. Kami kehilangan pemain terbaik kami yang sering menggempur kubu lawan.

"Dia adalah pemain muda terbaik di Asia," katanya ketika diminta mengulas ketiadaan pemain berusia 22 tahun itu.

Sebelum itu, JDT terus melebarkan rekod kemenangan dalam saingan Liga Super apabila menundukkan Selangor FC 2-0 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Dua gol hasil daripada jaringan sendiri pertahanan import Selangor, Richmond Ankrah dan penyerang JDT Bergson da Silva sudah cukup untuk memastikan pasukan pelawat membawa pulang tiga mata penting.

Sementara itu, Xisco mengakui sebagai jurulatih, kehilangan pemain dengan kualiti luar biasa seperti Arif amat mengecewakan kerana kehadirannya sering menjadi pemangkin kepada keupayaan JDT untuk menjaringkan gol dalam jumlah besar.

Beliau menegaskan Arif bukan sahaja unggul dari segi teknikal, malah memiliki karakter serta pemahaman permainan yang selari dengan DNA JDT, menjadikan ketiadaannya sukar diganti dalam masa singkat.

"Dia adalah yang terbaik, termasuk dari segi karakter dan idea permainan JDT. Kehilangan pemain seperti ini adalah satu realiti yang sukar diterima," katanya.

Pada masa sama, Xisco bagaimanapun menaruh keyakinan penuh terhadap proses pemulihan Arif, sambil percaya pemain itu akan kembali lebih kuat berdasarkan etika kerja serta kapasiti istimewa yang dimilikinya.

"Saya tahu dia bekerja keras dan pasti akan kembali lebih kuat kerana kapasiti istimewa Arif dalam memberikan yang terbaik buat kelab.

"erkara paling penting sekarang adalah pemulihan. Selepas itu, beliau perlukan masa untuk memperbaiki keadaannya setiap hari. Bukan dalam masa terdekat," katanya.

Mengikut rekod, pemain sensasi itu mengalami kecederaan hamstring teruk semasa aksi Kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada 18 November lalu.

Situasi itu menyebabkan dia perlu berehat sekitar tiga bulan selepas menjalani pembedahan di Finland dengan pakar terkenal, Dr Lasse Lempainen.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 05:40 PM | Show all posts
betul la tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40496 Replies : 410
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 34795 Replies : 47
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2527 Replies : 168
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1107323 Replies : 795
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
NBM[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, T
Views : 39919 Replies : 197
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 8172 Replies : 86
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26566 Replies : 20
DUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (2021)
SY_MumiDUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (20
Views : 25222 Replies : 65
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 285 Replies : 4
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 251 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059808 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list