CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Sze Fei-Izzuddin 'masuk' BAM semula

[Copy link]
Post time 26-12-2025 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Sze Fei-Izzuddin 'masuk' BAM semula

Disember 26, 2025 @ 1:05pm





Sze Fei-Izzuddin akan menyertai latihan bersama pemain BAM bagi menghadapi Terbuka Malaysia bermula 6 Januari ini.



KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani akan menjalani sesi latihan bersama pasukan negara sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia yang akan membuka tirai pada 6 Januari depan.

Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Negara Herry Iman Pierngadi berkata pasangan itu akan menjalani sesi latihan selama dua kali seminggu bagi meningkatkan kualiti latihan, sekali gus memberi manfaat kepada beregu lelaki negara dan mereka.

"Jurulatih Rexy (Mainaky) ada mesej saya untuk memberitahu pemain profesional mahu berlatih bersama, dalam satu minggu, dua kali. Saya kata silakan saja, memang mungkin untuk persiapan Terbuka Malaysia.

"Jadi kalau pemain-pemain profesional itu berlatih mungkin agak kurang, jadi mereka gabung sini. Sama-samalah apa namanya, menguntungkan gitu," katanya selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Dalam pada itu, Herry turut percaya sesi latihan bersama gandingan profesional dan beregu lelaki mampu menghasilkan persaingan sihat dalam kalangan pemain.

"Menurut saya berlatih bersama pemain profesional ini sama tahap kerana mereka (beregu lelaki negara) sama-sama di atas.

Jadi menurut saya itu akan lebih bagus," katanya.

Pada masa sama, Herry berkata tempoh latihan bersama pemain profesional itu buat masa ini masih bersifat jangka pendek dan tertumpu kepada persiapan kejohanan terdekat.

"Untuk jangka pendek ini mungkin untuk persiapan Terbuka Malaysia tapi nanti Piala Thomas apa belum ada perbincangan lagi," katanya. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/12/1489425/sze-fei-izzuddin-masuk-bam-semula





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2025 10:58 AM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040904 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list