CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 216|Reply: 0

Kematian 95 Peratus Penguin Afrika Dekat Cape Town Akibat Tangkapan Ikan Berlebihan – Kajian

[Copy link]
Post time 6-12-2025 09:46 AM | Show all posts |Read mode


MOSCOW: Penangkapan berlebihan ikan sardin di pantai selatan Afrika Selatan berkemungkinan menyebabkan lebih 60,000 penguin Afrika – mewakili 95 peratus populasi pembiakan di dua koloni berhampiran Cape Town – mati kebuluran dari 2004 hingga 2011, menurut kajian oleh kumpulan saintis antarabangsa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kadar kematian tinggi dalam kalangan penguin Afrika Spheniscus demersus di Afrika Selatan selepas 2004 berkemungkinan disebabkan oleh kebuluran,” menurut kajian itu.

Kajian yang diterbitkan dalam Ostrich: Journal of African Ornithology pada Khamis itu mendapati kira-kira 62,000 burung yang membiak di Pulau Dassen dan Robben dalam tempoh berkenaan mati akibat peningkatan penangkapan ikan Sardinops sagax, iaitu sumber makanan utama mereka.

Kadar eksploitasi penangkapan sardin di kawasan barat Cape Agulhas kekal melebihi 20 peratus daripada populasinya antara 2005 dan 2010, dan mencapai paras tertinggi 80 peratus pada 2006.

Kajian itu menyimpulkan bahawa kadar kematian besar-besaran di sekitar Pulau Dassen dan Robben berkait rapat dengan kegagalan penguin menambah berat badan secukupnya bagi menghadapi musim luruh bulu.

Penguin Afrika memerlukan sumber makanan yang stabil kerana ia sangat penting untuk kelangsungan hidup dalam tempoh praluruh bulu. Kajian itu mendapati bahawa kebanyakan penguin yang berjaya meluruhkan bulu mampu pulih dan kembali ke koloni untuk bersarang, berbeza dengan burung yang gagal melalui proses itu dan berkemungkinan besar mati kebuluran.

“Dengan populasi global jatuh kepada kurang daripada 10,000 pasangan buat pertama kali pada 2023, adalah kritikal sekarang untuk melakukan segala usaha bagi mengelakkan pengurangan selanjutnya dalam saiz koloni penguin Afrika,” menurut kajian itu, sambil menambah bahawa penutupan kawasan perikanan berhampiran koloni dan pengurusan tekanan penangkapan ikan terhadap populasi sardin dan bilis Afrika Selatan dapat membantu mengurangkan penyusutan koloni.

Pada 2024, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) meningkatkan status risiko kepupusan penguin Afrika kepada “terancam kritikal”. — BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040232 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list