iPhone 17 ada keluar warna baru tahun ini. Kalau ikut mata kasar, warna oren lah senang cakap. Tapi nak bunyi sedap, disebut Cosmic Orange. Dua lagi warna baru agak kurang ketara. Nampak sama saja.
Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah kapasiti bateri dinaikkan kepada 5,000 MaH. Resolusi kamera juga ditambah. Sistem nyah haba yang lebih baik serta penggunaan chip pemprosesan A19 Pro yang lebih berprestasi tinggi.
Namun ada beberapa ciri yang dianggap terkebelakang, antaranya penggunaan kerangka aluminium dan bukan lagi titanium seperti sebelum ini. Mungkin cepat sejuk tetapi sudah pasti lebih mudah calar. Zoom pula secara asasnya bukan lagi 5 kali tapi cuma 4 kali. Selain itu, siri kali ini sedikit tebal berbanding sebelumnya (~0.5mm).
Kesimpulannya, jika anda rasa tiada keperluan, jangan membazir. Utamakan apa yang anda rasa perlu dahulu. Tetapi jika poket anda tebal, tak perlu fikir panjang, booking terus hari ini.
Sekadar panduan, saya sertakan gambarajah di bawah, perbandingan iPhone 17 Pro Max 2 TB dalam kehidupan seorang lelaki bujang mahupun yang telah berkahwin.
Tepuk dada, tanya isteri.,,credit Tuan abd rahim
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
iols baru beli iphone 16 pro max mggu lepas...mmg sajer xnak beli iphone 17 yg br klua sbb 16 ada pengurangan harga rm750 kalau beli dekat machines..iols ok je x pki yg latest
tapi,kalau kita main2 macam 3D wallpaper tu bukan ke
macam akan guna bateri cepat drain ke? hehe
tadi saya jumpa ni,kot2 intan boleh cuba try test
step by step cara buat lock screen 3D / Spatial Scene wallpaper di iOS 26:
Cara Aktifkan Spatial Scene di iOS 26
1. Masuk ke Lock Screen
• Tekan & tahan lock screen iPhone awak.
• Tekan butang + untuk tambah wallpaper baru.
2. Pilih Foto
• Pilih gambar dari Photos.
• Pastikan gambar ada subjek jelas (contoh: orang, haiwan, kereta).
3. Aktifkan Spatial Scene
• Bila gambar dah dipilih, cari butang Spatial Scene (ikon macam lapisan/3D).
• Tekan untuk hidupkan.
4. Adjust Subjek
• Zoom in/out gambar sampai subjek overlap dengan jam atau elemen lock screen.
• iPhone akan automatik asingkan subjek & latar.
5. Simpan & Guna
• Tekan Add → pilih Set as Wallpaper Pair.
• Sekarang bila buka lock screen, subjek nampak timbul (3D) bila gerakkan telefon.
⸻
Tips supaya nampak lebih realistik
• Gambar Portrait Mode dari kamera iPhone paling sesuai.
• Background ringkas (langit, dinding plain) → subjek lebih jelas timbul.
• Kalau Spatial Scene tak muncul, cuba reboot iPhone atau guna gambar lain.
hehe,bateri drain cepat tu,sebab setting dia defaults nya memang
kalau tak adjust dia memang gila drain,kena buat setting
1) off kan setting auto- brighness
2) dekat battery - on kan low power mode
3) jangan lupa off kan bluetooth
4) kadang kita selalu terlupa off kan hotspot
5) off kn wifi ,guna kat rumah data aje,sebab wifi ni
dia makn bateri kuat juga.
6) off kan segala notification contoh telegram group2 kita join
yang asikla ada org gila chat dalam tu,setiap kali noti tu masuk
tu makan bateri,tu baru satu group? kalau 10 group? tu belum cerita
lagi group2 whatsapp,ramai orang gila chat dalam tu
7) tengok percentage bateri juga, kalau masih 90 keatas
tu masih baik takla drain ,kalau 80 kebawah tu macam nak kena
tukar bateri hehe
8) on kan dark mode,tapi saya memang takla nak layan dark mode ni
sebab mata saya ni kurang jelas dah tapi, ia boleh jimatkan bateri
itu serba sedikit tips, tapi iphpne 17 pro max adalah raja segala bateri
cuba baca artikel ni
iPhone 17 Pro Max kali ni memang jadi raja bateri, tahan sampai 39 jam video playback
iPhone 17 Pro Max dijangka hadir dengan bateri 5,000mAh buat kali pertama oleh Apple
Apple dilaporkan bakal memperkenalkan bateri terbesar pernah digunakan dalam mana-mana iPhone menerusi model akan datang, iPhone 17 Pro Max. Menurut khabar angin terkini dari China, peranti ini mungkin akhirnya menyertai kelab 5,000mAh yang merupakan satu pencapaian yang telah lama dikuasai pesaing Android.
Dalam dunia Android, kapasiti 5,000mAh telah menjadi standard bagi telefon andalan sejak beberapa tahun lalu. Malah, beberapa pengeluar dari China kini telah melangkaui angka itu dengan penggunaan bateri berasaskan silikon-karbon (Si/C) yang menawarkan ketumpatan tenaga lebih tinggi. Sementara itu, jenama seperti Samsung dan Google masih mengekalkan kapasiti sekitar 5,000mAh bagi peranti utama mereka.
Jika maklumat ini sahih, iPhone 17 Pro Max bakal mencatat sejarah sebagai iPhone pertama yang mencapai kapasiti bateri sebesar itu. Ini sejajar dengan trend peningkatan kecil dalam kapasiti bateri untuk setiap generasi Pro Max, kecuali iPhone 14 Pro Max yang pernah mencatatkan sedikit penurunan berbanding pendahulunya. bm.technave.com
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
iPhone 17 Pro & Pro Max Bawa Reka Bentuk Baharu, Kamera 48MP & Bateri Kini Tahan Lebih Lama
Detik yang dinantikan sudah tiba! Apple baru saja umumkan iPhone 17 Pro dan Pro Max dan kali ini ia memang kelihatan seperti penambahbaikan paling besar
Yang paling ketara adalah Apple meninggalkan Titanium dan kembali ke badan aluminium unibody Series 7000. Ia lebih ringan tapi tetap kukuh.
Warna menonjol baharu, Cosmic Orange
Tiga warna ditawarkan seperti perak elegan, biru gelap dan warna baharu yang sangat menonjol iaitu Cosmic Orange.
Depan belakang masih dilapisi Ceramic Shield 2 yang dikatakan tiga kali lebih tahan calar dan empat kali lebih susah retak. Skrin pula Super Retina XDR dengan ProMotion 120Hz, saiz 6.3 inci untuk Pro dan 6.9 inci untuk Pro Max, capai tahap kecerahan sampai 3,000 nits.
Kamera baru sehingga 8x zoom
Bahagian kamera pun banyak perubahan di mana telefoto kali ni bukan sekadar peningkatan megapiksel, tapi dilengkapi kamera baru iaitu 48MP dengan lensa 100mm f/2.8, mampu zoom optikal 4x dan digital sampai 200mm.
Dua lagi kamera belakang masih 48MP (wide dan ultrawide), sementara kamera depan baru 18MP berbentuk 1:1, lebih senang untuk swafoto beramai-ramai atau rakam video dengan fungsi boleh auto laras angle. Untuk video, Apple menambah sokongan ProRes RAW, Log 2, genlock, malah siap serasi dengan Final Cut Camera 2.0 dan Blackmagic Camera.
Prestasi dalaman disokong cip 3nm A19 Pro dengan 6-core CPU dan GPU yang sokong ray tracing hardware. Neural Engine 16-core juga ditambah untuk kuasa 'Apple Intelligence'.
Buat pertama kali, iPhone Pro dilengkapi sistem penyejukan vaporchamber untuk elak cepat panas. Apple mengatakan prestasi model baru ini meningkat sebanyak 40% berbanding generasi sebelum ni.
Prestasi bateri terbaik pernah ada dalam iPhoneVapor Chamber sesuai untuk gaming
Nak main game atau browse lebih lama? Tak perlu risau kerana bateri pun jadi lebih besar. Apple juga mengatakan ia adalah 'bateri terbaik pernah ada dalam iPhone' dengan tambahan dua jam tontonan video dengan keseluruhannya adalah 39 jam.
Bagi pasaran Malaysia, anda boleh mula membuat pra-tempah untuk siri iPhone 17 Pro yang akan dibuka mulai 12 September dan secara rasminya akan dijual bermula 19 September kelak.
iPhone 17 Pro dengan storan 256GB akan ditawarkan pada harga RM5,499 manakala iPhone 17 Pro Max pula bermula dari RM5,999. Apple juga turut menyediakan pilihan storan terbesar sehingga 2TB dengan harga mencecah sehingga RM9,999. says.com
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register