CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 741|Reply: 0

[Pahang] Utamakan kesejahteraan rakyat, usah politik sepanjang masa - Sultan Pahang

[Copy link]
Post time 31-7-2025 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Utamakan kesejahteraan rakyat, usah politik sepanjang masa - Sultan Pahang

30 Julai 2025 08:20pm




Al-Sultan Abdullah.





KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan wakil rakyat di negeri itu supaya tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa sebaliknya perlu lebih rajin ‘turun padang’ menjenguk rakyat di kawasan yang memilih mereka.

Al-Sultan Abdullah, yang sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan mesra rakyat, bertitah sebagai ‘Ahli Yang Berhormat’, mereka perlu sentiasa hadir di kawasan masing-masing secara berterusan untuk mendengar keluh-kesah dan memahami keperluan masyarakat terutama yang berdepan kesempitan hidup.


"Saya lebih suka tengok setiap wakil rakyat sentiasa berada di kawasan mereka... kita tumpukan kepada isu rakyat dan penuhi keperluan mereka,” titah Al-Sultan Abdullah sewaktu sesi temu bual khas bersama Bernama di Istana Abdulaziz di sini sempena Hari Keputeraan Ke-66 baginda.

Selaku raja pemerintah Pahang, baginda turut berharap agar semua wakil rakyat daripada pihak kerajaan dan pembangkang mewujudkan persefahaman bersama dengan ‘duduk semeja’ bagi menyelesaikan isu berbangkit.


"Pihak kerajaan dan pembangkang perlu duduk bersama dari masa ke masa atau seeloknya sebulan sekali lakukan sesi libat urus sesama sendiri, mana yang tidak betul boleh diperkemaskan, tidak ada perkara dalam urusan kerajaan yang lengkap.Mesti ada kelemahan dan kelebihan sebab kita ini kerajaan manusia.

"Kita satu rumpun dan satu negeri serta harus anggap ini satu medan bersama untuk kita berjuang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” titah baginda yang turut mengingatkan semua pihak supaya tidak beremosi ketika berpolitik.

Pada masa sama, bagi memastikan golongan memerlukan menerima bantuan, baginda menzahirkan pengharapan agar semua wakil rakyat termasuk pembangkang perlu diberi pertimbangan untuk mendapat peruntukan sewajarnya.

"Ini kerana mereka dipilih oleh rakyat, jadi mereka perlukan segala bantuan daripada kerajaan untuk bantu rakyat… seeloknya sama rata ataupun sedikit kurang sahaja,” titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan kerajaan negeri supaya mewujudkan saluran rasmi bagi membolehkan rakyat terutama di kawasan kampung menyalurkan maklumat tentang keperluan mereka.


Al-Sultan Abdullah sememangnya sejak muda dikenali dengan sifat rendah hati dan tidak kekok mendampingi rakyat, mewarisi sifat berkenaan daripada Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang sering mencemar duli menyertai pelbagai program bersama masyarakat di seluruh negeri.

Berpegang pada nilai itu, baginda berazam untuk terus menyantuni dan membantu rakyat sebaik mungkin.


"Saya utamakan rakyat apabila mereka susah tetapi saya tak mampu berkejar ke sana ke sini, mungkin saya hantar anakanda atau pegawai sebagai wakil, sekadar mana yang kita mampu kita cuba bantu sedikit sebanyak,” titah baginda.

"Itu dah dalam darah daging saya, memang daripada dahulu suka menyantuni dan mendampingi rakyat ketika susah dan senang namun saya tidak menganggap itu satu kelebihan tetapi amalan saya daripada muda lagi.

"Saya bukan nak cari sokongan, pujian mahupun tepukan tetapi selagi mana mampu, saya akan bersama rakyat… saya lakukan yang terbaiklah,” titah Sultan Pahang yang turut menzahirkan penghargaan dan rasa terharu kepada rakyat yang sering memberi sokongan kepada baginda. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/741128/edisi/pahang/utamakan-kesejahteraan-rakyat-usah-politik-sepanjang-masa---sultan-pahang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 260 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 3941 Replies : 7
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21233 Replies : 11
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.034443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list