CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 878|Reply: 0

[Terengganu] Keluarga ambil tindakan undang-undang, mahu insiden jadi pengajaran untuk orang lain Keluarga mangsa nahas bas UPSI ambil tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 18-7-2025 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga ambil tindakan undang-undang, mahu insiden jadi pengajaran untuk orang lain Keluarga mangsa nahas bas UPSI ambil tindakan undang-undang

Nurul Fatihah Sulaini[email protected]






KEADAAN bas yang terbabit kemalangan, gambar fail. FOTO NSTP




Besut: Keluarga mangsa kemalangan tragis membabitkan bas persiaran yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu dan syarikat bas.

Rosdi Yunus, 56, bapa kepada Allahyarham Fakhrul Arif Rosdi, berkata pihaknya bersama beberapa waris mangsa lain sudah menyerahkan dokumen awal kepada peguam untuk memulakan tindakan undang-undang.

"Pihak UPSI turut membantu dari segi khidmat nasihat undang-undang bagi membolehkan tindakan sepatutnya diambil," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Seorang lagi waris, Azman Mohamad, 63, bapa kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman, berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kami percaya dengan sistem perundangan negara," katanya.

"Saya tidak boleh memberi komen lanjut kerana tidak berada di lokasi kejadian, justeru, saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," katanya.

Azman turut memaklumkan sebarang tindakan undang-undang akan diputuskan secara bersama selepas berbincang dengan keluarga waris mangsa lain.

Sementara itu, Nani Hamid, 49, ibu kepada mangsa tercedera, Nur Ain Najwa Mohd Ilias, berkata mereka sedang berbincang dengan pihak UPSI untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang.

"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap individu atau syarikat terbabit sebagai pengajaran dan langkah pencegahan supaya insiden seumpama ini tidak berulang," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan bas yang membawa penuntut UPSI dalam kemalangan tragis pada 9 Jun lalu dipandu pada kelajuan luar biasa iaitu 117.6 kilometer sejam, melebihi dua kali gandahad yang ditetapkan.




Disiarkan pada: Julai 18, 2025 @ 5:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1242095/keluarga-ambil-tindakan-undang-undang-mahu-insiden-jadi-pengajaran-untuk




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:36 AM GMT+8 , Processed in 1.195117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list