CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7195|Reply: 19

[Dunia] Sidang media Rafizi Ramli dan ahli2 parlimen PKR esok 7 Julai.. apakah?

[Copy link]
Post time 6-7-2025 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Satu sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Isnin, 7 Julai 2025

Masa: 9:00 pagi

Lokasi: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Tingkat 2, No. 12, Jalan Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.

Sidang media ini turut akan disiarkan secara langsung di platform-platform media sosial saya.

https://www.facebook.com/share/p/1HxYuNo3XN/
Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 30 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2025 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyerw je la piji ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lak FORMULA nya INI KALI???
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2025 09:52 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 6-7-2025 10:11 PM

Tampaknya PRAHARA dan KERETAKAN  di INTERNAL PKR SUDAH X BISA  DISEMBUNYIKAN  LAGI ...

SEsuatu yang UMUM dan BIASA TERJADI  di Kalangan Parti Type-M di di MalayDesh

MENGAPA HAL INI BOLEH TERJADI ?

MelayuTIPU Melayu itu sudah  BIASA
Melayu Fitnah Melayu itupun sudah  LAMA BERLAKU
Melayu Baku Hantam dengan Melayu itu sudah SERING TERJADI
Melayu Mengkhianati Melayu itu sudah  menjadi TRADISI
Melayu Bunuh Melayu itu pun sudah menjadi  LEGENDA
Melayu merasa dirinya MAHAWANGSA yang ISTIMEWA dan MAHA HEBAT itupun sudah MENDARAH DAGING

Adalagi ?

MAKLUMILAH JIKA HAL-HAL EPERTI ITU AKAN SERING TERJADI DI LINGKUNGAN MAJORITY BERASASKAN DAN BERPERILAKU WAHAM ....

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 10:59 AM | Show all posts
isu perlantikan hakim jaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 11:47 AM | Show all posts
Tadi tengok kat Fb 5k lebih mata memandang waktu live. Nampak Man Cheng ke Wan Cheng  pun ada..lupa dia Parlimen mana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2025 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 7-7-2025 10:59 AM
isu perlantikan hakim jaa

Isu badan kehakiman tu x remeh.sistem ada jugak kena dgn kita. mcm wong chen ckp  dlm PC tu  cthnya...kalo sistem kehakiman pincang bawak kesan kt semua aspek.sistem undang2 negara x tentu hala investors pun takut nak melabur.sepatutnya isu ni pembangkang yg bawak tapi tgh sibuk prepare nak jadi kerajaan lagipun takut jugak nanti benda ni backfire balik bila jadi kerajaan nanti kannn?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 6-7-2025 09:52 PM
Tampaknya PRAHARA dan KERETAKAN  di INTERNAL PKR SUDAH X BISA  DISEMBUNYIKAN  LAGI ...
SEsuatu yang  ...

Bang, zip seluar awak lupa tutup tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2025 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 7-7-2025 11:47 AM
Tadi tengok kat Fb 5k lebih mata memandang waktu live. Nampak Man Cheng ke Wan Cheng  pun ada..lupa  ...

Wong cheng MP Subang

Dia ni yang tak ngaku kawasan letupan paip gas petronas dalam kawasan parlimen dia sebab katanya bertindih dengan kawasan puchong

Ala2 kawasan yang bergentayangan gitu tak diterima bumi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2025 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 7-7-2025 12:05 PM
Isu badan kehakiman tu x remeh.sistem ada jugak kena dgn kita. mcm wong chen ckp  dlm PC tu  cthny ...

Senyap sunyi isu ni sebab kena batang hidung pensokong dan pemimpin dambaan mereka

Pejuang kebenaran kununnnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-7-2025 02:26 PM
Wong cheng MP Subang

Dia ni yang tak ngaku kawasan letupan paip gas petronas dalam kawasan parlim ...


Itu kawasan Mat Sabu tapi mana dia piiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 07:05 PM | Show all posts
9 Ahli Parlimen PKR desak tubuh RCI siasat kemelut pelantikan Ketua Hakim Negara
07 Julai 2025 10:12am



KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sembilan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007 yang membabitkan cubaan mempengaruhi lantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.

Beliau mendakwa beberapa maklumat yang kini tular dalam pengetahuan awam perlu dijelaskan segera bagi mengelakkan krisis kepercayaan terhadap kerajaan dan institusi kehakiman katanya pada sidang media khas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Puchong Jaya pada Isnin.

Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Dua lagi ahli Parlimen PKR yang tidak hadir namun menyokong pendirian berhubung reformasi institusi kehakiman itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.

Rafizi menegaskan penubuhan RCI merupakan langkah paling berkesan untuk menangkis segala spekulasi mengenai campur tangan dalam urusan kehakiman dan memulihkan keyakinan rakyat.

Katanya, mesyuarat tergempar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) pada Jumaat lalu yang dikatakan tidak memenuhi notis 10 hari mengundang persoalan sama ada wujud usaha mengubah senarai calon hakim.

“Apabila keputusan dibuat secara tertutup, rakyat akan berteka-teki. Kita pernah melalui episod ‘correct, correct, correct’, kita tidak mahu sejarah berulang,” ujarnya sambil merujuk skandal VK Lingam.

Beliau turut memaklumkan laporan polis sudah dibuat oleh pegawai Hakim Mahkamah Persekutuan berhubung dakwaan campur tangan dan berharap siasatan terperinci dapat dimulakan segera.

Menurutnya, kelewatan mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan hanya memburukkan lagi persepsi negatif terhadap kebebasan badan kehakiman.

Difahamkan sembilan Ahli Parlimen terbabit akan menghantar usul mendesak penubuhan RCI pada persidangan Dewan Rakyat dua minggu lagi bagi memastikan isu itu dibahas secara rasmi.

“Perdana Menteri tiada apa yang perlu disembunyikan. Parlimen ialah platform terbaik menjawab segala dakwaan,” tegasnya.

Rafizi menambah, tekanan awam memainkan peranan penting kerana ahli politik lazimnya hanya bertindak apabila wujud desakan rakyat.

Beliau juga bersedia memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Reformasi Institusi sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.

Mengulas dakwaan bahawa mesyuarat tergempar JAC bertujuan menukar senarai calon hakim, Rafizi berkata hanya siasatan bebas dapat merungkai persoalan tersebut.

“Semakin lama kerajaan berdiam diri, semakin besar risiko kepercayaan rakyat terhadap kebebasan kehakiman terhakis,” katanya.

Sementara itu Rafizi berkata, pihaknya akan menggerakkan kempen di kalangan ahli parlimen untuk mendapat sokongan dari seberapa banyak ahli parlimen daripada parti lain termasuk menganjurkan forum awam di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Satu petisyen atas talian seluruh negara akan digerakkan untuk menzahirkan hasrat rakyat supaya kebebasan institusi kehakiman dipertahankan,” ujarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 07:11 PM | Show all posts
dakwaan campur tangan pelantikan hakim dan campurtangan keputusan mahkamah?

ini isu besar, jika perluan rci maka yang terlibat adalah orang yang ada kuasa... anwarkah?

rafizi dah mula memberontak secara haluskah? .. dlm parti dahulu, bila kena tendang baru all out?

.. sila semua, belasah popcorn...



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-7-2025 02:27 PM
Senyap sunyi isu ni sebab kena batang hidung pensokong dan pemimpin dambaan mereka

Pejuang kebena ...

Sapa yg senyap? ni rafizi nak buat hiruk lagi la.siap nak buat tour bagi penerangan supaya tongong2  mcm ko ambik benda ni serious.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish ish…… xkan laa bangnon nak masuk campur urusan kehakiman… kan dia bapa reforbasi eh reformasi… piji ni mabuk ketum ke kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2025 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-7-2025 02:27 PM
Senyap sunyi isu ni sebab kena batang hidung pensokong dan pemimpin dambaan mereka

Pejuang kebena ...

Kohkohkohkoh !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2025 08:32 AM | Show all posts
alesandra replied at 7-7-2025 12:05 PM
Isu badan kehakiman tu x remeh.sistem ada jugak kena dgn kita. mcm wong chen ckp  dlm PC tu  cthny ...

aku rasa pembangkang sengaja senyap sebab benda dah jelas2....
diorg senyap pun rakyat tetap akan berbunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 10:22 AM | Show all posts
can someone please wipe that freaky smile off his face omggg....mcm joker plak 2 kali tgk
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 6-7-2025 09:52 PM
Tampaknya PRAHARA dan KERETAKAN  di INTERNAL PKR SUDAH X BISA  DISEMBUNYIKAN  LAGI ...
SEsuatu yang  ...

Partai Type C dan Type I kau pernah kaji???
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak mcm apa yg ph perjuangkan masa jadi pembangkang berbalik pulak bila jadi kerajaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:48 AM GMT+8 , Processed in 1.458746 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list