CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1127|Reply: 6

[LAIN-LAIN] "Mercy for None" berjaya tawan Malaysia!

[Copy link]
Post time 4-7-2025 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 4-7-2025 12:00 AM



Setakat hari ini (18 Jun), drama bersiri di Netflix berkenaan berjaya menduduki tempat pertama di ranking Netflix Malaysia lebih daripada 10 hari.Bukan itu sahaja, ia turut berada di tangga pertama di beberapa negara lain seperti Filipina, Vietnam, Indonesia dan lain-lain selain tangga ke-7 dalam ranking global laman penstriman tersebut.Untuk pengetahuan, "Mercy for None" membawa kisah bekas samseng (lakonan So Ji-sub) yang kembali ke dunia gelap untuk membalas dendam selepas adiknya dibunuh.
Sumber: Netflix credit -kimchidaily.my
Kembali Selepas 13 Tahun Dalam Drama Aksi, So Jisub Papar Fizikal Hebat Dalam ‘Mercy For None’

Pada sidang media terbaru, So Ji-sub tampil bersama pengarah Choi Sung-eun dan barisan pelakon seperti Gong Myung, Choo Young-woo, Ahn Kil-kang, Jo Han-chul, dan Lee Jun-hyuk untuk mempromosikan filem noir thriller tersebut menjelang tayangan perdananya secara global pada 6 Jun.

Menandakan watak aksi pertamanya sejak “A Company Man” pada 2012, So Ji-sub berkata,
Rasanya memang sudah lama saya tak buat aksi. Saya memang mahu lakukannya lagi.

“Mercy for None”, yang diadaptasi daripada sebuah webtoon, mengisahkan cerita mendebarkan tentang Nam Ki-joon, seorang lelaki yang pernah menjadi ahli kumpulan jenayah ganas yang dikenali sebagai “Square.” Bagi melarikan diri daripada organisasi itu, dia memutuskan untuk memotong urat Achilles-nya sendiri secara sukarela. Ki-joon kemudian menghilang dan kembali 11 tahun kemudian selepas kematian adik lelakinya, Ki-seok, yang ketika itu telah naik pangkat menjadi orang nombor dua dalam kumpulan tersebut. Apa yang menyusul adalah perjalanan dendam tanpa belas kasihan dan rahsia gelap yang terbongkar.

So Ji-sub mengetuai barisan pelakon hebat termasuk Heo Jun-ho, Cha Seung-won, dan ramai lagi menjadikan drama ini antara yang paling dinanti-nantikan kerana gabungan lakonan intens dan kimia mantap antara para pelakon.

Dengan aksi bergaya, emosi mendalam dan gaya noir klasik, “Mercy for None” dijangka menjadi antara siaran paling menyerlah Netflix Korea tahun ini. Para peminat tidak perlu menunggu lama kerana keseluruhan siri ini akan dilancarkan pada 6 Jun di seluruh dunia.


trailer



-----------
sejujurnya, saya sangat suka genre ni, first tersuka awek kickass kdrama series MYName netflix dulu tu
sebab terjatuh cinta dengan orang kanan boss jahat tula haha

si dia ni Taeju



lepas tu, ni second terpaling best, ada plot twist juga lagi, dalam series ni saya terjatuh cinta
dengan si dia ni hehe,hitman



korang yang masih belum terlayan series ni,bolehla tengok bersama keluarga
tak ada adegan yang tak sesuai pun ,pelakun wanita macm tak ada


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2025 12:04 AM | Show all posts
ini ramalan tentang season 2.

macam tak sabar nak tunggu walaupun


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 11:26 AM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 29-7-2025 09:04 AM

Saya pun tengah layan Mercy For None sekarang. Memang padu jalan cerita dia, penuh aksi dan twist yang tak dijangka! So Ji-sub nampak sangat mantap bawak watak Ki-joon. ramai suka genre macam ni. Setuju sangat drama ni sesuai tonton dengan keluarga sebab tak terlalu berat bab adegan dewasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2025 06:20 PM | Show all posts
CarterLeee replied at 8-7-2025 11:26 AM
Saya pun tengah layan Mercy For None sekarang. Memang padu jalan cerita dia, penuh aksi dan twist ya ...

ya,walau pun dia nampk dah berumur tapi padu juga aksi dia,
cuma tak banyak dialog la, mudah kerja dia berlakun movie ni. dan
last scene dia macam tak berapa nak hidup kot lagi, tapi harap ada season 2
yang mana adik dia dan pembunuh tu hidup lagi. ala biasala dalam movie
kejap hidup kejap tak hidup ni, macam han fast furious juga

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 29-7-2025 09:07 AM

----EDITT---SPAM--------
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 29-7-2025 09:02 AM

------spammm----editttt---

Comments

you should enter the thread according to the title & topic that you want to post. not ramdom posting anything  Post time 29-7-2025 09:02 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.700652 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list