CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1042|Reply: 0

Tak dapat balik kampung? Jangan sedih, ini cara jadikan Aidilfitri anda lebih bermakna di perantauan

[Copy link]
Post time 1-4-2025 12:24 PM | Show all posts |Read mode

HARI Raya Aidilfitri cukup sinonim dengan momen perantau pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut kemeriahan lebaran di kampung halaman.

Namun tidak semua orang mendapat peluang sama, ada yang terpaksa meraikannya bersendirian kerana komitmen kerja, kekangan kewangan, atau situasi yang tidak dijangka.

Meskipun begitu, anda masih boleh mengubati kerinduan terhadap keluarga dan menyambut Syawal dengan cara tersendiri untuk menjadikan perayaan tahun ini lebih bermakna.

Berikut adalah aktiviti yang boleh dilakukan buat mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman:


1. Berhubung dengan keluarga menggunakan media sosial

Dalam era digital, jarak bukan lagi halangan untuk merasa dekat dengan keluarga melalui panggilan video, pesanan ringkas, dan perkongsian foto.

Meskipun tidak dapat bersama secara fizikal, anda masih boleh berbual dan bergelak ketawa melalui skrin.

2. Wujudkan suasana hari raya seperti di kampung halaman

Walaupun tidak berada di kampung, anda masih boleh mencipta suasana hari raya di rumah untuk menambah kemeriahan.

Perkara kecil seperti menghias kediaman, masak juadah Aidilfitri dan pakai pakaian yang cantik dapat menghilangkan rasa rindu dan menjadikan perayaan lebih bermakna.


3. Buat rancangan beraya bersama rakan-rakan senasib

Cari rakan yang juga tidak pulang berhari raya dan lakukan aktiviti menyeronokkan bersama.

Anda boleh mengadakan jamuan makan di rumah, menonton filem, atau sekadar berjalan-jalan agar anda tidak berasa keseorangan.

4. Transfer duit raya untuk keluarga di kampung

Walaupun tidak dapat pulang beraya, anda tetap boleh memberi duit raya kepada keluarga tercinta sebagai tanda ingatan.

Dengan pemberian itu, keluarga pasti akan gembira, malah anda juga akan berasa lebih baik.


5. Manfaatkan masa yang ada untuk 'me time'

Anda perlu tetap bersyukur dan nikmati masa bersendirian dengan melakukan perkara yang menggembirakan anda.

Hari raya bukan hanya tentang pulang ke kampung, tetapi lebih kepada makna di sebaliknya iaitu merasai kemesraan, kasih sayang, dan kebersamaan walaupun dari jauh. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 303 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 303 Replies : 0
travel information
kukuku45travel information
Views : 708 Replies : 0
travel
AKUI89travel
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji bol lala
kukuku45bhatt ji bol lala
Views : 910 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202356 Replies : 4036
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 5281 Replies : 1
Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”
Skyline_84Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang
Views : 17495 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:27 AM GMT+8 , Processed in 1.315600 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list