CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18960|Reply: 0

[Melaka] Tuah bayi wajah mirip Tengku Hassanal

[Copy link]
Post time 23-6-2024 09:22 PM | Show all posts |Read mode


NURUL Intan Fadzlyana Mahat dan suami, Azizi Tuah bersama anak tunggal mereka,

Melaka: Usianya baru lapan bulan namun Muhammad Arshaka Idraki Azizi sudah mengecap populariti di laman sosial dan mendapat perhatian warganet yang menyamakan wajahnya mirip Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Persamaan itu disedari warganet selepas ibunya, Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, berkongsi video Muhammad Arshaka Idraki di TikTok.

Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.

"Bagaimanapun, waktu umur lima ke enam bulan, saya ada kongsi satu videonya di TikTok dan ramai tinggalkan komen mengatakan wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.

"Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.

"Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.

Lebih membuatkannya terharu apabila mendapat komen daripada bonda Tengku Hassanal iaitu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.

"Setakat itu saja dan jujurnya, saya dengan suami berharap dapat bertemu Tengku Hassanal, kalau boleh nak bergambar sama untuk kenangan cuma belum ada kesempatan," katanya.

Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial.

"Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).

"Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.761366 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list